Seorang suami teruk dikecam di media sosial selepas seorang wanita berkongsi pengalaman menjadi saksi lelaki itu bergurau dengan cara yang tidak sepatutnya kerana dianggap tidak sensitif terhadap perasaan isteri.
Katanya, dia terdengar perbualan ketika berbuka puasa di luar bersama keluarganya dan ketika itu, lelaki berkenaan duduk semeja dengan rakan-rakannya yang juga mempunyai isteri dan anak-anak.
Tiba-tiba datang kawan satu pejabat, seorang perempuan dah kahwin dan beranak pinak. Mereka nak bersalam-salaman. Si suami cakap, ‘eh salam, aunty ni paling lawa dekat ofis ayah’.
Tambahnya, selepas terdengar lelaki tersebut menyuruh anak-anaknya salam rakan pejabatnya dan mengeluarkan kata-kata sebegitu dia terus curi-curi pandang si isteri.
Meskipun lelaki itu mungkin berniat untuk bergurau namun katanya dia berasa kurang senang dengan situasi berkenaan dan tidak suka dengan apa yang didengarinya.
Memang la orang kata lebih baik cakap depan-depan. Tapi saya tak tahu la saya kuno ke apa. Bagi saya, memang benci dengar benda tu. Depan isteri nak bergurau puji orang lain. Saya memang tak suka dengan bergurau cara mengarut ni.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi dan respon dalam kalangan netizen di mana rata-ratanya turut sama menghentam sikap lelaki berkenaan.
Kata mereka, sebagai orang luar yang membaca perkongsian itu pun cukup buat rasa sakit hati apatah lagi si isteri yang berada di meja dan mendengar kata-kata dari mulut suaminya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.