Isteri kepada pelakon Azlan Komeng, Nur Nilam Ortiz tampil berkongsi beberapa video di TikToknya yang seakan-akan memberi bayangan suaminya itu bakal berkahwin lain.
Dalam video tersebut, Nilam turut merakam gelagat Azlan yang sedang bercakap di telefon bersama seorang individu dipercayai bakal madunya.
Jauh datang daripada KL, sampailah ke pantai timur ni kan. Call saja, tak tahu la apa yang di call. Asyik bergaduh saja, belum kahwin lagi sudah bergaduh macam mana tu.
Isk isk macam ni ya. Laki orang bercinta macam ni eh. Nampak telefon dekat tangan. Tapi tulah, kalau cakap elok-elok tak apa, asyik nak gaduh saja.
Dia juga dalam pada itu sempat memberi nasihat kepada wanita di luar sana untuk mencari bakal suami yang menyayangi dan menghargai diri mereka.
@puan_nilamortiz Hati ada sedikit perit macam tersedak makanan, doakan ye korang
Nilam memohon doa orang ramai untuk dipermudahkan urusan meskipun hatinya terluka kerana segala keputusan terletak atas suaminya.
Terdahulu, Nilam pernah memuat naik sebuah video memaklumkan dia dalam perjalanan untuk berjumpa seseorang dipercayai bakal madunya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.