Memiliki suami yang benar-benar memahami segala perasaan dan tindak tanduk kita merupakan satu anugerah yang sangat tidak ternilai.
Tapi beruntung bagi isteri yang dapat merasakan nikmat itu. Tapi bagi yang sebaliknya, mereka terpaksa berperang dengan perasaan sendiri dan sentiasa memendam rasa.
Suami anda macam ni?
Kalau anda ada suami jenis sebegini Kak ice sarankan makanlah perancang. Kalau dapat suami OKU mcm ni, tolonglah jangan beranak ramai-ramai untuk dia.
Yang ada anak lelaki, janganlah kamu merajakan sangat si anak. Nanti anak tu buah lahanat kat anak perempuan orang.
Yang ada anak perempuan, ajak la bakal menantu duduk seminggu kat umah kita (anak pompuan kita hantar g umah sedara).
Tengok perangai dia pandai tak cebok sendiri. Kalau tak pandai sila reject awal-awal.
Yang nak kahwin tu, ko jangan gian menyondol manja-manja bukak helmet semata-mata. Pilih suami yang pandai hormat dan tolong mak dia.
Khas buat suami yg dayus. Tunggulah pembalasan Allah sebab aniaya isteri sendiri.
Nasihat bagi yang sedang hamil..
Perempuan yang tengah hamil!!!
Plan aturan berpantang kamu sendiri. Jangan harapkan suami (melainkan dia yang suggest nak bantu). Jangan harapkan mak bapak.
Tepikan duit sebulan rm200 x 9 bulan = rm1800. Khas untuk orang datang rawat dan part time maid kemas umah.
Beli je baju baby kat shopee. Rm5 selai. Ni tak. Gaji bulanan RM 2k. Baju anak nak branded nak menunjuk kat i.g. Nak bersalin private.
Tapi bab jaga pantang sendiri jadi hamba abdi.
Kalau pantang ala2 ibu tunggal (laki dan kaum keluarga tak boleh harap),yang penting:
1. Urut 3 kali kasi settle.
2. Bengkung param pilis pakai sendiri.
3. Lauk pantang tu ko blh masak dalam keadaan duduk. Lauk pantang je. Org sihat gasak dia la.
4. Lauk tu ko order tesco on9 kalau laki ko berkira sgt nak g beli lauk
5. Nasi masak sendiri. Masa basuh beras jgn gi rendam tangan ko. Pakai sudip kayu kacau sampai beras bersih.
6. Rehat pagi sampai ptg
7. Maid part time amik seminggu 3 kali. 1 kali rm80 kalau xsilap. Seminggu rm240.
8. Ko kemas station berpantang ko je. Kalau tilam laki ko tumbuh cendawan pun abaikan.
9. Anak2 lain, ko didik sebelum start bersalin. Budak2 suka la menyibuk buat kerja rumah. Budak2 seawal 4 tahun suka kutipkan baju masuk bakul, tekan suis mesin basuh, sapu sampah (cincai2 dia la). Mak2 typical malay ni je nak perfection sgt…..patutnya biarkan diorg tolong.
10. Lepas tu pakai lah perancang. Xyah lah beranak ramai2 kalau suami mcm ni. Bkn apa, bila ko dh jd gila sbb stress, dia tetap salahkan ko. Yg kak ice risau…korg jd gila anak2 jd mangsa. Dia menyendol kat tempat lain.
Harini mmg kak ice geram. All out!!
So korang pandai2 la urus hal keluarga sendiri. Sekali jadi mangsa boleh terima. Kalau berkali2, itu bukan mangsa dah. Itu sebab kamu kurang cerdik.
Dan untuk yang sibuk menyondol suami orang, rata-ratanya mereka memang layan isteri diorang macam sampah kat rumah.
Sebab ikutkan sifir, suami orang ni nak tidur pun tak sempat sebab dia sibuk uruskan hal anak bini dia. Tapi tu yang jenis bertanggungjawab la.
Kalau ko sibuk nak jugak laki orang, selamat lah terima nasib jadi alas kaki lepas ni.
Ni status khas utk laki orang yg DAYUS!
Sumber: Siti Aishah