Suami Datuk Nora Ariffin iaitu Dr. Rushdi Ramli tampil memberi penjelasan mengenai perkahwinannya dengan penyanyi itu kerana enggan isu rumah tangganya terus menjadi bualan ramai.
Berkahwin atas kehendak sendiri
Rushdi memberitahu dia berkahwin dengan penyanyi tersebut atas kehendaknya sendiri dan sebagai seorang suami, dia berasa sedih apabilla Nora menerima pelbagai gelaran seperti perosak rumah tangga dan penyondol kerana ia tidak berlaku seperti apa yang disangka masyarakat.
Amat menyedihkan juga apa yang berlaku terhadap isteri saya, Nora turut terima gelaran sedemikian (penyondol).
Hakikatnya siapa yang cari siapa? Adakah lelaki yang mencari wanita atau wanita yang tergila-gila mencari lelaki?
Di sini tidak dapat dinafikan bahawa sayalah insan yang meminang Nora (bukan sebaliknya). Bagi saya, semua berlaku dengan kehendak Allah.
Tak terfikir nak dekati Nora
Perkara ini telah dikongsikan menerusi akaun Facebooknya dan dia turut menjelaskan dia tidak pernah terfikir untuk mendekati penyanyi itu atas faktor mereka berada dalam bidang yang jauh berbeza.
Demi Tuhan, hanya Allah SWT yang tahu niat saya dan semuanya adalah dengan kehendak-Nya juga.
Pada awalnya saya merasa amat ragu-ragu dengan hasrat untuk memperisterikan dia kerana bimbang ditolak, lebih-lebih lagi kami dalam bidang karier yang jauh berbeza.
Hidup kita sentiasa di dalam lingkaran qada dan qadar Allah SWT. Siapalah yang mampu menafikan hakikat yang teras ini.
Ujian rumah tangga
Mengulas mengenai isu rumah tangganya, Rushdi menganggap ia sebagai ujian apatah lagi wujudnya campur tangan daripada insan yang rapat dengannya.
Adakah saya tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami, bapa kepada anak-anak saya yang sudah dewasa?
Saya menikahi seorang wanita yang kematian suami, bukan melakukan perkara dilarang dan bertentangan dengan Islam.
Sebagai seorang ahli agama, saya sentiasa berusaha menjaga batas-batas, hukum halal dan haram tetapi saya tidaklah sempurna.
Nora isteri yang baik
Tambah Rushdi, sepanjang berkahwin, Nora merupakan seorang wanita yang sentiasa menjaga sikap selain mudah menerima nasihat dan pandangan daripada suami.
Sebagai insan yang ditakdirkan berkahwin dengan Nora, dengan tidak ada niat takabur tau riyak atau menunjuk-nunjuk atau mengecilkan hati sesiapa, saya dapati dia adalah isteri yang baik.
Doakan agar bahtera perkahwinan saya sentiasa mendapat keberkatan dari Allah selain bersabar dan mampu menangani sebarang masalah kecil atau pun besar.
Pada 23 Februari yang lalu, Nora membuat pendedahan di Instagram bahawa dia sudah lebih 10 kali meminta agar dirinya diceraikan atas permintaan isteri pertama dan anak tirinya.