Suami mana yang tidak marah dan kecewa apabila mengetahui isteri yang dinikahi 13 tahun lalu bukanlah wanita bujang, sebaliknya janda.
Lelaki yang dikenali sebagai Yulian Aprianto dari Makassar berkata, isterinya mengakui belum pernah berkahwin.
Menurut laporan Detiknews, Yulian yang berasa tertipu nekad menuntut ganti rugi sebanyak 5 bilion rupiah (RM1.4 juta) daripada isterinya.
Yulian dan isteri bernikah pada tahun 2006 dan perbelanjaan perkahwinan ditanggung sepenuhnya oleh pihak lelaki. Malah, Yulian juga turut membiayai kos pendidikan isterinya sehingga wanita itu bergelar doktor.
Saat perkenalan mereka, isteri Yulian mengakui masih perawan dan tidak berterus-terang mengenai statusnya. Pasangan itu pada mulanya diperkenalkan oleh ibu saudara mereka sebelum bercinta selama tiga bulan.
Lebih parah, keluarga wanita itu turut bersubahat untuk tidak jujur akan status wanita itu pada awal perkenalan mereka. Mereka juga memberikan keterangan palsu dalam buku pernikahan.
“Tertuduh didapati bersalah dan dihukum penjara selama sebulan sembilan hari”.
Hakim, Hartoni Pancono mendapati wanita tersebut bersalah kerana memberi keterangan palsu dan dihukum penjara.