Selepas didakwa memecah masuk rumah isterinya, Ezlynn sehingga digelar lelaki tidak guna, Adam Fahmi tampil menjelaskan beliau sama sekali tidak pernah menceroboh rumah Ezlynn dan mengatakan rumah itu adalah milik mereka bersama. Adam pulang ke kediaman mereka hanya untuk mengambil barang kepunyaan beliau sendiri.
Saya sudah jelaskan kepada pihak polis dan mereka memberitahu saya tidak melakukan apa-apa kesalahan. Itu rumah hak milik bersama dan salahkah jika saya mahu pulang ke rumah saya sendiri? Rumah tersebut masih rumah saya dan dia juga masih isteri saya. Kes perceraian kami masih dalam perbicaraan dan sekarang dia mahu tuduh saya macam-macam? Kalau salah, saya sudah berada dalam penjara sekarang.
Saya tidak menyentuh barang-barang peribadi kepunyaannya dan hanya mengambil barang-barang saya sendiri yang sudah diletakkan di dalam kotak olehnya.
Adam juga enggan komen lanjut mengenai dakwaan Ezlynn menanggung hutangnya dan hanya akan bercerita kebenarannya di mahkamah nanti.
Adam dan Ezlynn mendirikan rumah tangga pada 20 November 2011 dan tidak dikurniakan cahaya mata. Mereka memfailkan permohonan cerai pada 20 April lalu dan kes mereka masih belum diputuskan oleh mahkamah.