Suami Nadia Mustafar Patah Tulang Pipi Kanan, Terseliuh Bahu Kiri Dipukul Di Pusat Hiburan

Hiburan

Suami Nadia Mustafar Patah Tulang Pipi Kanan, Terseliuh Bahu Kiri Dipukul Di Pusat Hiburan

Suami pelakon Nadia Mustafar yang juga penerbit filem, Hazil Izham Ismail, 38, patah tulang pipi kanan dan terseliuh bahu kiri dibelasah 20 lelaki tidak dikenali yang bersenjatakan botol kaca dan kayu di sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail, pukul 5.30 pagi kelmarin.

Advertisement

Harian Metro melaporkan, kumpulan lelaki itu dipercayai petugas keselamatan premis berkenaan kerana terdapat perselisihan faham dengan Hazil mengenai zon larangan merokok.

Dalam kejadian itu, Hazil berkata dia baru tiba di premis berkenaan untuk menemui empat krew penerbitannya bagi membincangkan urusan penggambaran. Mereka kemudiannya didatangi kumpulan terbabit yang tidak puas hati apabila seorang daripada krew penerbitannya merokok di kawasan larangan sebelum pertengkaran berlaku.

Saya pada mulanya cuba meleraikan mereka dan mengajak mereka berbincang. Namun, seorang daripada lelaki itu memukul belakang saya menggunakan botol manakala rakan-rakannya pula memukul krew saya yang lain.

Lelaki itu sekali lagi menghentak kepala saya menggunakan botol biarpun saya cuba menenangkannya.

Tambahnya, dia tidak tahu motif dipukul sebaliknya menyerahkan kepada polis untuk menyiasat setelah membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi.

Hazil dikatakan juga  perlu melakukan pemeriksaan lanjut di kepalanya. Macam-macam ceritanya. Sampai macam tu sekali dipukul kerana rokok, seriau membaca penerangan Hazil. Dia kini dirawat di sebuah hospital pakar di Bangsar.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

79 Comments

  1. Dato minah jambu 24jam mengadap computer

    February 28, 2012 at 6:09 pm

    budak yg pukol laki nye nadia ni tkda BODEK pengecot macm sial macm jantan keberet !!!!! ada 20 orang pukol orang hanye di sebab kn rokok hahahahahahahahahaha kelakar betol lah …rokok hahahahahahahahahahaha….kalau pasal duit berjuta2 yg nk di rebot kn ada makna la jugak ! ni pasal rokok buat malu mak bapak je !!

  2. muiz

    February 28, 2012 at 5:55 pm

    Bersyukur lah kerna Allah masih beri nyawa pada anda. Harap anda segera bertaubat.

  3. marc

    February 28, 2012 at 5:28 pm

    meeting kul 5 pagi?? kaw2 gila dunia

  4. Dato minah jambu 24jam mengadap computer

    February 28, 2012 at 5:01 pm

    lain kali kalau nk jumpa krew ke ape ke nk miting ke miting je kt masjid cmfirm tkda ape2 yg berlaku….

  5. sentap jer..

    February 28, 2012 at 5:00 pm

    alahai..mcm dh xde tmpat lain nk bincang…punye byk tempt,c2 jgk yg dituju…bincgla kt mcd ke,kfc ke,mamak ke..24jam ape..

Loading...