Pelakon Neera Azizi menerima kecaman warganet selepas berkongsi momen melakukan acara gender reveal di hadapan Kaabah ketika menunaikan ibadah umrah bersama keluarga.
Menerusi perkongsian yang tular di platform Threads, seorang pengguna media sosial berkongsi semula hantaran yang memaparkan Neera bersama suaminya, Ustaz Muhammad Hafizi Mohd Noor, sedang membuka sampul mengandungi kad bertulis jantina bayi mereka, “Congrats it’s a baby girl.”

Bagaimanapun, tindakan tersebut mengundang reaksi negatif segelintir warganet yang menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak menghormati kesucian tempat ibadah umat Islam.
“Maaf bukan nak jadi joykiller tetapi perkara ini sangat mengecewakan,” tulis seorang warganet.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang mempersoalkan peranan dan tanggungjawab suami Neera, yang dipercayai mempunyai latar belakang agama, kerana membiarkan perkara berkenaan berlaku.
“Sepatutnya suami boleh larang tapi macam ikut je, mutawif tak bermakna alim ulama,” komen seorang pengguna media sosial.
Selain itu, terdapat juga warganet yang menyelar tindakan tersebut sebagai tidak beradab dan disifatkan keterlaluan kerana dikatakan tidak mengambil kira perasaan jemaah lain yang sedang menumpukan ibadah.
Untuk rekod, Neera atau nama sebenarnya Nurazneera Azizi, 27, mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Hafizi, yang merupakan seorang mutawif, pada Julai tahun ini.
Pada Oktober lalu, Neera mengumumkan berita gembira kehamilan anak sulungnya ketika usia kandungan 13 minggu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

