Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Suami Mohon Lufya Omar Jangan Berdrama, Buka Aib Rumah Tangga Untuk Raih Simpati

lufya omar cerai

Kemelut rumah tangga Lufya Omar dan Dr Che Muhammad Hafiz terus hangat diperkatakan apabila pelakon itu berkata dia tidak mahu meneruskan perkahwinan yang disifatkan penuh toksik, pelbagai penganiayaan berlaku sehingga jiwanya didera selain mendakwa sudah empat bulan digantung tidak bertali.

lufya omar cerai

Advertisement

Memberikan respon terhadap pendedahan itu, Dr Che Hafiz menganggap tindakan Lufya yang secara berterusan memberi kenyataan hanya membuka pekung di dada dan mengaibkan diri sendiri. Sengaja membuka aib rumah tangga demi meraih simpati masyarakat.

Sudah-sudahlah berdrama. Lambat atau cepat orang akan tahu juga kebenarannya. Saya masih ada tahap kesabaran dan boleh berfikir secara waras. Saya fikirkan dia ibu kepada anak saya jadi tidak patut untuk saya bertindak seperti mana yang dilakukannya sekarang. Kalau dengan cara itu dia berasa puas dan dapat malukan saya, terpulanglah.

dr che muhammad hafiz

Dia aibkan saya, saya diam. Dia buat dakwaan bukan-bukan, saya masih diam. Malah, dia lebih banak buka aib rumah tangga.

Dr Che Hafiz berpendapat, isu membabitkan hubungan suami dan isteri haruslah diselesaikan secara berhemah tanpa melibatkan mana-mana pihak.

suami lufya omar gayTerdahulu, Dr Che Hafiz mengatakan dia tidak pernah lupa tanggungjawab sebagai bapa kepada anak mereka iaitu Laana Haura. Malah, dia juga tidak pernah menganiaya Lufya seperti yang didakwa.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

5 Comments

  1. Kak kiah

    October 21, 2019 at 4:16 pm

    Sebenarnya apa yg lufya buat tue btul dh.klau dia diam mcm dulu2 ntah apa lg yg dr hafiz nie buat n smpai bila lufya nk menderita dr segi mental n fizikal.Dr hafiz pn klau btul apa yg lufya kata fitnah knp x buktikan yg smua tue fitnah.skrang bkn zaman mcm dulu smua bnda nk kna pendam n simpan wlaupun hati tgh menderita.

  2. korok

    October 21, 2019 at 2:43 pm

    lufya nak jd bella part 2..mana tau pasni job menderu2 berdesup masyuk…ni salah satu platform tuk dptkan job

  3. Anonymous

    October 21, 2019 at 1:42 pm

    lufya ni mcm takut bayang2 je…

  4. Girl

    October 21, 2019 at 1:34 pm

    Aku setuju jugak apa yang Doktor nie cakap.. Guna saluran yang betul untuk menyelesaikan masalah. Bagi aku kedua-dua pihak mesti ada salah dan silap. Dan dalam hal rumahtangga jangan sesekali jadikan MEDIA SOSIAL sebagai platform untuk malukan sesiapa saja. Hormat pasangan masing2 sebab masing2 ada kerjaya. Seburuk mana pasangan kita cuba fikir kebaikan yang pernah dilakukan. Lagipun anak tu di binti kan nama ayahnya jugak…

  5. Watever

    October 21, 2019 at 12:27 pm

    Aku tak sokong mn mn.tp apa y si laki ni ckp de btl nye gak..aku tgl si lifya ni je y banyak jaja cite kat socmed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top