Suami Mimpi Isteri Curang, Terbawa-Bawa Sampai Timbul Rasa Curiga – “Dia Tanya Saya Balik Kenapa Boleh Mimpi Macam Tu?”

Kehidupan

Suami Mimpi Isteri Curang, Terbawa-Bawa Sampai Timbul Rasa Curiga – “Dia Tanya Saya Balik Kenapa Boleh Mimpi Macam Tu?”

Hanya kerana mimpi, layanan seorang suami terhadap isterinya tiba-tiba berubah dan mula berasa sangsi dengan kejujuran wanita itu.

Kisah tersebut dikongsikan wanita itu sendiri yang mendedahkan dia dan suami menjalani hubungan jarak jauh (PJJ) sejak empat tahun lalu.

Advertisement

Anak-anak tinggal bersamanya dan kehidupan seharian ini bermula pada jam 4.30 pagi ketika dia bangun tidur dan selepas hari itu selesai dia akan tidur jam 9.30 malam.

Semalam saya tertidur ketika tengah Whatsapp dengan suami. Pukul 4 lebih pagi saya bangun dan balas mesej cakap tertidur.

wanita bermain telefon dalam gelap

Suaminya kemudian terus menghubungi wanita itu dan memberitahu dia bermimpi isterinya curang dan mempunyai kekasih gelap.

Terkejut saya, Dia tanya saya, kenapa boleh mimpi macam ni? Sedangkan selama 13 tahun kahwin tak pernah terfikir saya akan curang. Tergamam terus saya. Tak tahu nak cakap apa.

Apa yang membuatkannya runsing adalah selepas mimpi itu suaminya cuba mengaitkan satu kejadian lain seperti mahu membuktinya dirinya berlaku curang.

suami isteri bergaduh

Bagaimanapun, kata wanita itu dia hanya keluar bersama anak-anak atau dengan rakan-rakan perempuan atau kakaknya sahaja malah jika mahu ke mana-mana dia akan memberitahu suaminya terlebih dahulu.

Dia cakap masa dia balik haritu, dia terbangun pagi-pagi tengok saya cepat-cepat tutup telefon. Saya cakaplah, saya tak dengar buyi alarm jadi saya bangun sebab takut terlewat bangun nak kejut anak sekolah.

Tambah wanita itu, dirinya diselubungi rasa bersalah selepas suaminya mempunyai rasa curiga terhadapnya meskipun sedar semuanya bermula dari mimpi sahaja.

Perkongsian wanita itu di laman sosial Facebook mendapat perhatian ramai netizen di mana sesetengah berkata individu yang asyik tuduh pasangan mereka itu sebenarnya yang curang.

komen netizen komen netizen

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

lelaki curang tapi isteri tak marah
1 week ago

Tak Marah Suami Mengaku Curang Sampai Skandal Hamil, Rupanya Isteri Simpan 'Rahsia' Yang Lebih Besar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...