Seorang lelaki tempatan, Encik Razali (bukan nama sebenar), yang sebelum ini memaklumkan kepada isterinya bahawa dia ke Kuala Lumpur bagi menghadiri “mesyuarat penting”, akhirnya kantoi apabila sebenarnya dia berada di Hatyai dan kini terperangkap akibat banjir besar yang melanda kawasan itu sejak dua hari lalu.
Difahamkan, Razali sebenarnya ke Thailand untuk “berehat minda” bersama rakan-rakan, namun memilih alasan mesyuarat supaya tidak menimbulkan syak.
Penipuannya terbongkar secara tidak sengaja apabila isterinya, Puan Marlia, menerima pesanan WhatsApp daripadanya berbunyi: “Sayang, KL banjir teruk ni. Tenggelam sampai paras paha.”
Apa yang melucukan, mesej itu disertakan dengan live location yang menunjukkan Razali berada di sebuah hotel berhampiran Hatyai Floating Market, sekali gus menamatkan segala misteri mesyuaratnya.
Kini Razali dilaporkan terkandas di tingkat dua sebuah hotel murah selepas air naik secara mendadak sehingga dia tidak sempat menyelamatkan motosikal kuasa besar miliknya yang dibawa ke sana.
Menurut pihak berkuasa Thailand, operasi menyelamat sedang dijalankan, namun mereka memaklumkan Razali adalah satu-satunya mangsa yang kelihatan mengelak daripada kamera media, tiba-tiba rajin sembahyang sunat taubat, dan kerap meminta pihak hotel menukar nama pada bil penginapannya.
Setakat laporan ini ditulis, air banjir di Hatyai masih naik dan menurut sumber, tekanan darah Razali juga naik sama.
Selain itu, kami kongsikan artikel trneidng yang lain pada pautan di bawah.
