Suami Menangis Sampai ‘Cancel’ Nak Bermesra Waktu Malam Pertama, Rupanya Rindukan Emak

Kehidupan

Suami Menangis Sampai ‘Cancel’ Nak Bermesra Waktu Malam Pertama, Rupanya Rindukan Emak

Setiap pasangan semestinya mempunyai kisah lucu dalam rumah tangga masing-masing dan pada zaman media sosial ini makin ramai berkongsi tentang pengalaman dengan warganet.

Seperti seorang wanita dikenali sebagai Fitria yang berkongsi tentang satu insiden di mana menurutnya ia lucu membabitkan ragam suaminya di dalam bilik ketika malam pertama mereka.

Advertisement

Menerusi satu rakaman video berdurasi 53 saat itu, suaminya dilihat menangis secara tiba-tiba di dalam bilik dan ia pada mulanya membuatkan Fitria berasa pelik.

Suaminya dikatakan menangis dan mengesat air mata beberapa kali namun apabila ditanya jawapan si suami membuatkan Fitria berasa terhibur.

Kata Fitria, suaminya menangis kerana merindui ibu tersayang yang kini sudah berjauhan dengannya memandangkan dia kini sudah berkahwin dan tinggal bersama isteri.

Beginilah nikah sama anak tunggal satu-satunya.”

Fitria turut tertawa selepas mendengar jawapan daripada suaminya dan menganggap ia akan menjadi kenangan lucu yang tidak akan dilupakan.

Menjengah ruangan komen, ramai netizen berasa terhibur dengan gelagat suami Fitria yang seperti budak-budak kesedihan kerana pertama kali berjauhan dengan keluarga.

Pasti si suami itu mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan ibunya sejak dulu dan sering ke mana-mana bersama, apatah lagi anak tunggal.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

Sampai Kena Pujuk, TikToker Menangis Teruk Sebab Sedih Adik Perempuan Tersayang Dah Jadi Isteri Orang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...