Baru-baru ini, Puteri Sarah Liyana dilanda kontroversi apabila dia dikatakan tidak menghormati tempoh edah setelah perceraiannya bersama bekas suami, pengarah Syamsul Yusof.
Tampil memberikan respon, Puteri Sarah menganggap ia bukanlah satu masalah yang perlu dibangkitkan kerana dia hanya keluar bekerja sepanjang tempoh tersebut.
Ditemui media, Puteri Sarah juga memaklumkan sudah membuat beberapa rujukan mengenai hukum keluar rumah daripada pakar selain turut memaklumkan bekas suaminya itu apabila dia keluar bekerja.
Saya tiada masalah berkenaan isu edah kerana saya keluar atas urusan kerja. Alhamdulillah tiada siapa yang menghalang dan saya juga ada membuat kajian berkenaan edah.
Apa yang saya tahu, sekiranya suami mati baru isteri itu duduk berkabung di rumah, macam saya, keluar sebab kerja.
Dia dalam pada itu mengakui tidak terasa hati apabila ada yang mempersoalkan keberadaannya dan dituduh tidak menghormati waktu edah setelah bercerai pada 14 Jun lalu.
Saya tiada masalah bila ada orang yang bercakap tentang perkara itu, cumanya bila ada yang tidak tahu saya akan maklumkan apa yang sebetulnya.
Orang ramai pun tahu saya sibuk kerja sebab banyak yang saya kongsi dan update dalam media sosial.
Sekadar info, Syamsul dan Puteri Sarah telah bernikah pada 8 Mac 2014. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang anak dan pasangan itu kemudian bercerai talak satu pada pertengahan Jun lalu.