Suami Mahu Cerai Kerana ‘Geli’ Isteri Hidap Diabetes Sejak Hamil – “Dia Kata Tu Penyakit Orang Tua, Nanti Kudung Sana Sini”

Kehidupan

Suami Mahu Cerai Kerana ‘Geli’ Isteri Hidap Diabetes Sejak Hamil – “Dia Kata Tu Penyakit Orang Tua, Nanti Kudung Sana Sini”

Luahan seorang isteri tentang rumah tangganya mengundang pelbagai respon warganet selepas dia menceritakan alasan suaminya mahu berpisah.

Kata wanita itu, dia menimang cahaya mata lima bulan lalu dan suaminya pernah menyatakan hasrat untuk bercerai gara-gara dirinya kini menghidap diabetes.

Advertisement

 

Suami geli dengan diabetes, nanti kudung

Tambah wanita itu, suaminya geli dengannya disebabkan menghidap penyakit itu yang bermula ketika dia hamil anak mereka.

Dia cakap saya tak sayang diri sampai kena diabetes umur 31 tahun. Dia cakap itu penyakit oarng tua dan geli bila tahu saya sangkut diabetes. Yang dia tahu diabetes tak lama lagi kudung sana sini.

suami isteri

 

Entah entah ada sebab lain

Cerita wanita itu lagi, keluarganya memang mempunyai sejarah penyakit tersebut memandangkan ibu bapanya merupakan penghidap diabetes.

Sebenarnya saya sangkut GDM masa hamil. Lepas bersalin, buat ujian gula memang confirm diabetes. Jadi saya perlu hidup sebagai penyakit diabetes. Sampai ke mati lah saya kena hidup dengan diabetes ni.

GDM

Meskipun sudah memberikan penjelasan dan memujuk suaminya namun kata wanita itu, lelaki berkenaan enggan menerima dan tetap mahu bercerai.

Dia macam dah tawar hati. Entah entah ada sebab lain kot? Apa salah saya? Saya kena diabetes sebab mengandungkan anak dia juga. Masa check up pun tak pernah teman.

suri rumah icu
7 months ago

“Pembuluh Darah Di Kepala Pecah” - Suami ‘Terduduk’ Isteri Masuk ICU Sebab ‘Stress’ Jadi Suri Rumah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...