Written by Bella | December 3rd, 2019

Kemelut rumah tangga Lufya Omar masih tiada kesudahan lagi. Meskipun dilanda dugaan berat, dia masih lagi kekal tabah dan menjalani kehidupan seperti biasa dan sering berkongsi aktiviti hariannya di media sosial.

suami lufya beri nafkah rm250

Terbaru, foto Lufya sedang membeli barangan keperluan yang dimuat naik di akaun Instagramnya mencuri tumpuan ramai.

Lufya melalui ruangan kapsyen mempersoalkan adakah dengan hanya berbekalkan RM 250 mencukupi untuk membeli barang keperluan anak?

suami lufya omar nafkah anak rm250

Lufya akui agak sukar untuk dia berjimat memandangkan harga barang sekarang mahal.

Timbul persoalan di kalangan netizen adakah suaminya hanya mampu memberi nafkah RM250 untuk keperluan anak mereka sehingga Lufya terpaksa memikirkan pelbagai cara untuk berjimat? Rata-rata netizen bersetuju bahawa jumlah berkenaan terlalu kecil, tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan seharian anak yang sedang membesar.

lufya omarlufya omarlufya omarlufya omarTerdahulu, Lufya akui terkejut dan keliru dengan pendirian suaminya itu yang tidak mahu menceraikannya di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari pada 18 November lalu, sedangkan sebelum ini Dr Che Hafiz pernah mengeluarkan kenyataan sudah menceraikannya melalui aplikasi WhatsApp.

Sumber Berita : Forum CARI

16 responses to Suami Lufya Omar Beri Nafkah Anak Hanya RM250 Sebulan?

  1. dai farhan says:

    sb tu sblm nk cerai l piki banyak kali,, paham x nafkah tu camana tmpat tinggal mkn pkai belajar,,, semua atas bapak,, paling pn rm 750 sesuai la ng status DR.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini