Suami Luah Rasa Kecewa Isteri Tak Jaga Badan Lepas Kahwin, Usaha Bantu Turunkan Berat Tak Dihargai – “Dekat Tempat Kerja Minum Manis..”

Kehidupan

Suami Luah Rasa Kecewa Isteri Tak Jaga Badan Lepas Kahwin, Usaha Bantu Turunkan Berat Tak Dihargai – “Dekat Tempat Kerja Minum Manis..”

Rumah tangga yang baru berusia setahun lebih mula dilanda ujian apabila si suami meluahkan rasa kecewa dengan perubahan fizikal isterinya.

Menurut luahannya di aplikasi Threads, masalah itu mula timbul selepas berat badan isterinya naik mendadak sehingga memberi kesan terhadap keinginan dan tarikan suami terhadap pasangannya.

Advertisement
suami isteri tak mesra

gambar hiasan

Sekarang ni dah kurang nafsu dengan wife aku. Sejak kahwin ni berat badan dia main naik.

 

Makan dan minum manis selalu. Aku dah pesan jaga badan tu.

Menurut si suami, segala usahanya untuk membantu isteri menurunkan berat badan seperti membeli suplemen kurus dan memasak makanan sihat tidak dihargai.

Malah, isterinya dikatakan ‘mengelat’ dan tidak berdisiplin dengan menikmati makanan tidak berkhasiat di tempat kerja.

suami stress isteri minum manis

gambar hiasan

Kecewa rasa, itu belum masuk perkara lain lagi.

Kata suami, dia hanya mahu memastikan isterinya sihat sepertinya dan juga untuk memudahkan mereka untuk mendapatkan zuriat.

Saya body fit, sebab tu saya nak wife fit juga. Untuk kesihatan dia juga dan untuk dapat anak.

 

Saya siap briswalk dengan dia lagi pagi-pagi tapi lepas briskwalk ajak nasi lemak. Bila di tegur merajuk. Bila bersama pula ada pillowtalk pasal nafsu kurang tapi disuruhnya makan ubat kuat.

Walau bagaimanapun, luahan sang suami mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai di mana rata-rata menyifatkan lelaki itu terlalu mementingkan fizikal sang isteri.

komen threads

Namun ada juga yang memahami luahan tersebut dan melihatnya dari sudut tanggungjawab bersama dalam perkahwinan.

komen threads

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

Suami Kejar Isteri Keluar Dengan Lelaki Lain, Pernah Buat 'Report' Tapi Masih Jumpa Diam-Diam - "Kata Pergi Office, Sekarang Pergi Mana.."
23 hours ago

Suami Kejar Isteri Keluar Dengan Lelaki Lain, Pernah Buat 'Report' Tapi Masih Jumpa Diam-Diam - "Kata Pergi Office, Sekarang Pergi Mana.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...