Suami Lengkap Vaksin Boleh Teman Isteri Bersalin Di Wad Tak Lama Lagi

Trending

Suami Lengkap Vaksin Boleh Teman Isteri Bersalin Di Wad Tak Lama Lagi

Isteri yang melahirkan anak dalam wad bersalin boleh ditemani suami yang sudahpun melengkap dua dos suntikan vaksin tak lama lagi dan perkara ini dikatakan sendiri oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

3 bulan lalu

Wajib Jalani Ujian Saringan Covid-19 Jika Nak Ke Langkawi

Advertisement

Menurut laporan Berita Harian, kebenaran ini telahpun diminta Khairy untuk dikeluarkan di semua hospital kerajaan. Sebelum suami menemani isteri di hospital, mereka perlu menjalani ujian saringan dahulu dan keputusan perlulah negatif.


“Saya sudah minta Tan Sri Dr Noor Hisham untuk membenarkan bakal bapa yang lengkap divaksinasi dan menjalani ujian saringan dan negatif, untuk menemani isteri mereka dalam wad bersalin.”

Seperti semua tahu, sebelum ini kerajaan tidak membenarkan suami menemani isteri ketika bersalin sejak PKP berlangsung bermula Mac tahun lepas.

Alhamdulillah, sedikit demi sedeikit kelonggaran dibenarkan. Apapun, sentiasalah mengikut SOP yang telah ditetapkan kerajaan bagi mengurangkan risiko untuk dijangkiti sekaligus dapat menamatkan wabak yang melanda.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...