May 13th, 2016

Pada malam ABPBH 29 yang diadakan pada hujung minggu lepas, penyanyi Adira berjaya merangkul trofi Penyanyi Wanita Popular. Namun, dalam menyambut kegembiraan atas kemenangannya itu, timbul pula cerita bahawa beberapa peminat beliau kecewa kerana tidak dapat bergambar dengan Adira kerana dihalang oleh suaminya, Datuk Seri Adenan Abu ataupun lebih dikenali sebagai Dato Red.

Ramai yang mula mencetuskan pelbagai spekulasi dan menyifatkan suami Adira terlalu sombong dan tidak memahami kerjaya isterinya itu.

Tidak mahu perkara ini berpanjangan,  Adira telah tampil menjelaskan perkara sebenar. Menurut Adira, tindakan suaminya itu semata-mata merasa kesian dengan beliau yang sudah terlalu lama melayan peminat.

Pada saya perkara ini adalah salah faham. Suami berbuat sedemikian sebab kasihan melihat saya yang sudah terlalu lama berdiri sehingga hampir sejam semata-mata bergambar dengan peminat.

Lagi pula ketika itu sudah lewat malam, ditambah pula dengan saya yang kelaparan. Suami bercakap dengan baik dan tidaklah seperti yang diperkatakan itu.

Adira juga ingin memohon maaf sekiranya perkara itu membuatkan orang lain sakit hati ataupun kecewa kerana beliau sudah cuba sebaik mungkin untuk memuaskan hati semua orang.

Kami tidak mahu memberikan komen lebih, tetapi kadang-kadang peminat juga harus faham yang artis itu juga manusia yang ada rasa penat dan sebagainya. Walaubagaimanapun, ia tidak bermaksud seseorang artis itu boleh melakukan apa sahaja kepada peminat.  Jatuh bangun mereka didalam industri juga bergantung kepada peminat, jadi hargailah mereka.

Sumber Berita : Harian Metro


Comments are closed.

Loading...