Suami Langgar Taklik Lepas Minum Air Ketum, Pelakon Wanita Dedah Sudah Bercerai

Hiburan

Suami Langgar Taklik Lepas Minum Air Ketum, Pelakon Wanita Dedah Sudah Bercerai

Menerusi satu perkongsian video di Instagram, seorang pelakon wanita mendedahkan dia sebenarnya sudah berpisah dengan suami sejak tahun lalu.

Jelasnya, perpisahan berlaku secara taklik apabila bekas suami melanggar syarat meminum ketum. Dia terpaksa memberitahu umum kerana bekas suami didakwa memutar belit cerita.

Advertisement

Namun katanya, dia masih memberi peluang kepada bekas suami untuk berubah tetapi peluang itu disia-siakan.

Status saya yang sebenar adalah saya sudah diceraikan pada tahun lepas lagi oleh bekas suami saya melalui cerai taklik, cerai bersyarat di mana jatuhlah talak jika dia meminum ketum.

Difahamkan, pelakon itu perlu bersuara kerana timbul salah faham sehingga terjadinya kejadian pukul akibat campur tangan pihak lain.

Saya dah penat simpan. Saya hormat dia selama ni sebab tu saya masih tak buka aib dia sehingga kejadian dia membenarkan saya dipukul & dikurung. Sedikit pun dia tak mengatakan hal yang sebenar mahupun membela saya.

Pelakon yang merupakan pempengaruh media sosial ini berkata mereka tidak rujuk dan dia perlu keluar bekerja untuk menanggung komitmen yang ada.

Selain itu, kamikongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Shila Amzah nd lala baik
3 months ago

"Ubai Contoh Suami Yang Baik" - Hubungan ND Lala Dan Shila Amzah Kembali Jernih Di Majlis Akikah Rhea Akira

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...