Suami Korban Cinta, Restui Perkahwinan Isteri Dengan Kekasih Hati

Dunia

Suami Korban Cinta, Restui Perkahwinan Isteri Dengan Kekasih Hati

Setiap pasangan pasti menginginkan yang terbaik dalam kehidupan mereka supaya kedua-duanya bahagia meniti hari tua meskipun salah seorang daripada mereka terpaksa berkorban jiwa dan raga.

Begitulah nasib yang menimpa seorang lelaki di India di mana dia sanggup mengorbankan cintanya terhadap sang isteri demi menyatukan isteri dengan kekasih wanita itu.

Advertisement

Lelaki tersebut dikenali sebagai Uttam Mandal dari bandar Sultanganj, Bhgalpur merestui perkahwinan isterinya, Sapna Kumari dengan insan yang dicintainya.

Menurut portal Oddity Central, Uttam memutuskan perkara itu selepas menyedari Sapna jatuh hati kepada seorang lelaki yang merupakan saudara-mara suaminya.

“Pada mulanya memang saya marah dan kadang kala sedih, tetapi saya membuat keputusan ini untuk menyelesaikan masalah kami”.

perkahwinan

Katanya, Sapna sering dilanda dilema kerana tidak dapat meninggalkan kekasih hatinya itu.

“Kehidupan tiga orang akan musnah jika saya tidak buat macam ini. Jadi inilah saja jalan terbaik. Sekarang kami semua boleh hidup dengan bahagia”.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...