Di dalam rumah bukan sahaja ruang tamu penting tetapi ruangan dapur memainkan peranan penting buat semua pasangan.
Dekorasi dapur amat penting bagi menjaga kualiti makanan agar kekal bersih dan juga dapat menyenangkan kerja isteri untuk memasak di dapur.
Jika dapur kita kemas dan bersih, maka makin keraplah kita memasak untuk seluruh ahli keluarga kita di rumah.
Menerusi laman Deco Rumah Ku Syurga Ku, seorang lelaki telah berkongsi idea ubahsuai dapur dengan hanya menggunakan kayu pallet sahaja dengan bajet kurang daripada RM500.
Menurut Hisham Aaz, beliau telah mengubahsuai dapur kecil ini sebagai hadiah untuk isterinya yang baru bersalin.
Disebabkan dia jarang masak pakai dapur gas, dan kerap pakai pressure cooker jer dengan airfryer. Jadi saya manfaatkanlah ruang dapur gas dia buat penutup boleh letak ape-apa atas tu dari terbiar.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk ubahsuai dapur menggunakan kayu pallet:
Bahan asas yang digunakan papan pallet
Pallet saya beli di PAPAN PINE WOOD (Alam impian)
Jumlah pallet yang digunakan adalah 125 keping
Nota: Bagi semua pallet tidak pakai kertas pasir untuk gosok kerana sudah dibeli yang bersih.
Boleh lihat gambar dalam kereta saya beli. Ini adalah gambar kali kedua saya beli. Kali pertama tak ambik gambar sebab dah malam.
Bagi tulang cabinet, saya beli saiz lain sedikit iaitu kecil tetapi lebih tebal.
Cat saya beli satu tin besar di CSM handware tetapi banyak lebih. Ingatkan tidak cukup.
Wallpaper saya beli online di Shopee dua gulung
Barang-barang lain semestinya di Eco Shop
Barang yang sedia ada di rumah
Pastikan anda menggunakan gam kayu agar lebih kukuh selain daripada skru dan paku
Saya ade update gambar yang sebelum kecik-kecik itu tambahan sebab ada yang minta nak tengok. Tapi maaf kalau gambar belum siap tu agak menyakitkan mata bila ditengok.
Jumlah kos dekorasi dapur:
125 keping Pallet = 125 x RM2.30
= RM287.50
40 keping tulang kabinet saiz yang sedikit kecil tetapi lebih tebal = 40x RM1
= RM40.00
Rak pinggan= 10batang x RM1.30= RM13.00
Cat= RM70
Wallpaper= 2 gulung = RM30.40
Barang-barang kedai Eco= RM70.00
Jumlah perbelanjaan= RM510.90
Lain-lain seperti teh ais ikat tepi, nasi goreng kampung lain-lain, paku skru, barang tukang lain sikit-sikit yang tak ada letak lah RM550 semuanya.
Bagi anda yang berminat nak ubahsuai dapur seperti ini, anda boleh lakukan sendiri pada waktu terluang untuk kelihatan berbeza dan ia dapat menjimatkan wang anda semua dan dapat gembirakan hati isteri dengan hasil usaha sendiri.
Nak dapur cantik, bersih dan teratur kenalah berkorban sedikit.
Sumber: Facebook