Sugu Pavithra semakin menempa nama di Malaysia dengan penghasilan video masakan yang dilakukannya menerusi saluran di YouTube. Pasangan suami isteri berbangsa India ini mencuri perhatian apabila menghasilkan video masakan di dalam Bahasa Melayu sehingga kini berjaya mendapat lebih 600,000 subscribers.
Baca: (Video) Pendapatan Sugu Pavithra Di YouTube Kini Dianggarkan Mencecah Ratusan Ribu Ringgit
Pasangan itu juga menerima pendapatan bulan ketiga daripada YouTube dengan jumlah agak lumayan dan akan menggunakan wang itu sebaik mungkin kerana suaminya telah berhenti kerja dengan sebuah syarikat perladangan di Sungai Siput, minggu lalu.
“Sekarang suami tidak bekerja dan apa yang berlaku tidak dijangka (mempunyai ramai pengikut), pendapatan pun ok, maka kami nak fokus sebagai pengguna YouTube.”
Mereka kini mahu sama-sama fokus kepada penghasilan video yang lebih menarik untuk penonton mereka. Sebelum ini, ramai yang menyatakan pasangan itu layak dijadikan duta perpaduan kerana berjaya mengumpulkan rakyat pelbagai kaum dalam saluran mereka dan melontarkan pesanan positif.
Tetapi pasangan itu dengan merendah diri memberitahu mereka hanya lah rakyat biasa dan belum layak diangkat sebagai ikon untuk masyarakat. Mengulas mengenai keputusan untuk berhenti kerja itu, Sugu memberitahu itu adalah dasar tanggungjawab kerana tidak mahu kerja hakikinya sebagai pekerja ladang terganggu disebabkan memberi tumpuan sebagai pengguna YouTube.
“Sebelum ini kerap ambil cuti sebab bila ramai datang rumah saya kena tolong isteri jaga anak yang masih kecil.”
Buat masa ini juga, mereka mahu fokus menghasilkan video menarik untuk meningkatkan lagi jumlah pengikut. Untuk makluman, Sugu Pavithra baru sahaja berjinak-jinak dengan saluran YouTube pada akhir Januari lalu. Sehingga kini, mereka berjaya mendapatkan peningkatan jumlah pengikut yang bukan sahaja daripada rakyat Malaysia malah dari pengikut di luar negara.
Artikel berkaitan: Resipi Kari Ayam Dari Sugu Pavithra Jadi Panduan Pasangan Jepun Ini Untuk Memasak
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.