Suami ‘Ketagih’ Berhibur Dengan GRO Vietnam Setiap Bulan, Isteri Laporkan Pusat Hiburan Pada Jabatan Imigresen

Kehidupan

Suami ‘Ketagih’ Berhibur Dengan GRO Vietnam Setiap Bulan, Isteri Laporkan Pusat Hiburan Pada Jabatan Imigresen

Kerana runsing dengan tabiat suaminya yang gemar menghabiskan masa dan wang ringgit di kelab hiburan bersama wanita warga asing, seorang isteri membuat keputusan untuk mengambil tindakan tegas.

Menurut laporan, wanita berusia 30-an itu telah membuat aduan kepada Jabatan Imigresen Malaysia dan berjaya mencetuskan satu operasi besar-besaran yang dikenali sebagai Ops Gegar.

Advertisement
lori imigresen

Gambar hiasan

Pengarah Jabatan Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, wanita itu mendakwa suaminya telah mengabaikan tanggungjawab kewangan terhadap keluarga dan lebih banyak menghabiskan gaji untuk berhibur bersama Guest Relations Officers (GRO) dari Vietnam sejak setahun yang lalu.

Suami beliau dikatakan begitu ‘ketagih’ sehingga kerap mengunjungi kelab tersebut beberapa kali seminggu, menghabiskan gaji bulanannya di sana.

Tambahnya, pihaknya telah berjaya menahan 34 individu, termasuk 27 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai GRO di sebuah pusat hiburan terletak di Sri Petaling.

Seramai 90 individu telah diarahkan menjalani saringan dan 34 daripadanya ditahan dan berikut adalah antara yang ditahan:

  1. 16 warganegara Thailand
  2. 6 warganegara Laos
  3. 5 warganegara Myanmar
  4. 4 warganegara Vietnam
  5. 3 warganegara tempatan, disyaki pengurus, bouncer dan pengendali wanita warga asing itu

GRO warga asing ditahan

Wanita-wanita warga asing yang ditahan itu dipercayai bekerja sebagai GRO dan mendapat bayaran tip daripada pelanggan sebagai upah untuk menemani dan menghiburkan mereka.

Suspek warga tempatan disiasat di bawah Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 kerana didakwa melindungi pendatang tanpa izin.

Manakala semua warga asing yang ditahan pula akan disiasat lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan Imigresen 1963 dan telah dibawa ke Depot Imigresen Bukit Jalil.

Kami akan terus memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang imigresen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

isteri jumpa skandal suami cakap baik baik
2 weeks ago

"Silakan Ambil Sampah Dari Hidup Saya" - Wanita Ini Dipuji Tenang Berjumpa Skandal Suami, Bercakap Lemah Lembut

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : NST

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...