Suami Kesal Isteri Maut Selepas Anggap COVID-19 Sekadar Konspirasi

COVID-19

Suami Kesal Isteri Maut Selepas Anggap COVID-19 Sekadar Konspirasi

Mendedahkan dirinya terpaksa menanggung penyesalan seumur hidup selepas kehilangan isterinya, Erin akibat Covid-19, seorang lelaki di Amerika Syarikat, Brian Lee Hitchen zahir rasa kesal dengan perkara itu.

Seorang Suami Kehilangan Isteri Selepas Anggap Covid-19 Sekadar Konspirasi

Advertisement

Memetik laporan Mirror UK, Brian difahamkan menyesal selepas menganggap pandemik itu sekadar sandiwara dan konspirasi pihak tertentu.

Hal ini demikian kerana, beliau dan isterinya sebelum ini telah membaca bahawa wabak tersebut adalah palsu dan sekadar selesema biasa. Malah tidak ketinggalan mendakwa virus tersebut dikaitkan dengan teknologi 5G.

Katanya, beliau dan pasangan bertindak mengabaikan semua Tatacara Operasi Standard (SOP) dan meneruskan rutin harian seperti biasa. Lebih perit, kedua-dua mereka juga dikhabarkan langsung tidak mengamalkan penjarakan sosial dan tidak memakai topeng muka di tempat awam.

Seorang Suami Kehilangan Isteri Selepas Anggap Covid-19 Sekadar Konspirasi

Disebabkan keangkuhan, Brian dan isteri disahkan sakit sebelum didiagnos Covid-19.

Ketika Brian mula sembuh, segalanya bagai tidak diduga selepas kondusi isterinya semakin buruk sehingga meninggal dunia disebabkan mempunyai masalah jantung.

Kesal akan tindakannya sebelum ini, Brian memaklumkan beliau sepatutnya mendengar segala nasihat yang diberikan sejak awal lagi.

Sumber: Mirror UK

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...