Tak mudah untuk pasangan melakukan hubungan jarak jauh (PJJ) atas urusan kerja, tidak kira sama ada untuk pihak suami ataupun isteri kerana pelbagai perkara tidak diingini boleh berlaku dalam tempoh jarak jauh itu.
Menjerit ketahui berita sedang hamil
Melalui satu kisah yang dikongsikan di Facebook, seorang individu menceritakan satu kisah yang berlaku sewaktu pada sebuah pasangan ketika dirinya bekerja di sebuah klinik obtetrik dan ginekologi (O&G) pada tahun 2015.
Kata individu yang bernama Hassan itu, dia telah mendengar jeritan seorang wanita yang baru disahkan hamil dan respon negatif itu telah menjadi perhatian kerana tidak selari dengan berita gembira serta ucapan tahniah yang disampaikan oleh doktor waktu itu.
Hasil sumbang mahram dengan anak sendiri
Lebih mengejutkan, wanita itu mendesak anak yang dikandung digugurkan serta merta kerana rupa-rupanya, anak yang ada di dalam perutnya merupakan hasil sumbang mahram dengan anak kandung sendiri.
Suami saya kerja oversea, 6-7 bulan baru balik. Saya ada 3 orang anak lelaki, anak sulung umur 18 tahun, muka sebijik suami saya. Saya mula sayang anak sendiri (menyimpang).
Iktibar dari kisah yang dikongsikan, masalah grooming boleh berlaku dengan cukup pantas dan keluarga terdekat juga tidak terkecuali.