Tular baru-baru ini pendedahan seorang lelaki yang bekerja dalam bidang perkapalan tentang kecurangan isterinya yang mempunyai skandal dengan majikan sendiri.
Pendedahan itu meraih perhatian warganet apatah lagi lelaki berkenaan mengakui memberikan nafkah sebanyak RM8,000 setiap bulan kepada wanita terbabit.
Terbaru, lelaki terbabit mendedahkan perkembangan terkini tentang status rumah tangganya di mana dia telah pun melafazkan cerai terhadap wanita itu.
Lebih mengejutkan, majikan wanita itu juga telah berjumpa dengannya dan mengaku bahawa bekas isterinya hamil anak hubungan terlarang mereka.
Aku dah lafazkan cerai. Bukti semua dah simpan untuk fight (di mahkamah). Pedih sakit tapi jantan tak boleh keluar air mata.
AKU SEDIA JADI PENEMAN HIDUP BARU ANG BANG!!! pic.twitter.com/SomSxboFeC
— ?meinifesting? (@meinmokhtar) September 18, 2023