Suami Keliru Luah Perasaan: “Ibu Mengandung Ini Memang Perangai Macam Ini Ke?”

Trending

Suami Keliru Luah Perasaan: “Ibu Mengandung Ini Memang Perangai Macam Ini Ke?”

Aku ini hanya nak kongsi cerita pasal bini aku yang tengah sarat ini. Aku sekarang tengah keliru dengan dia. Dia hamil dah 37 minggu. Umur 20 tahun.
UFOAN

Selama ini Alhamdulillah, okay saja. Cuma alahan kuat tapi tak adalah nak mengidam macam-macam. Tapi sejak akhir-akhir ini aku tak faham betul dengan perangai dia. Ada ke patut dia mengidam nak naik UFO? Allahuakbar.

Advertisement


Mula-mula tu ingatkan dia melawak ke apa. Aku gelak sajalah. Malam itu tengah aku syok tidur boleh pulak dia buat babak airmata pukul 3.00 pagi. Ingatkan sakit perut nak beranak ke apa.

Tanya punya tanya, sebabnya dia terasa hati aku gelakkan dia petang itu. Mana tak gelak. Memang tak masuk akal permintaan dia tu.

Lepas itu pergi rumah mak boleh pulak dia cerita kan hasrat dia tu dekat mak dan adik-beradik yang lain. Bergegar rumah sebab gelakkan dia.

Jadi, apa lagi. Malam itu akulah yang kena memujuknya. Dia cakap dia selalu mimpi naik UFO , teringin sangat nak naik. Aku kelentong dia cakap, macam mana nak cari UFO yunk oi, depa datang bumi seabad sekali saja. Tu pun kita tak tau bila. 

Niat nak melawak saja. Tapi boleh pulak dia percaya bulat-bulat. Aku tak tahulah dia ini betul-betul ke atau main-main. Tiap-tiap malam asyik cakap nak naik UFO.

Aku ini dari rasa nak gelak dah bertukar jadi rasa nak marah dah. Mana taknya? Minta benda yang aku tak boleh nak bagi. Dia cakap, kalau dia mati nanti beranak tak kasihan ke kat dia kempunan nak naik UFO?

Allahuakbar. Agak-agak perasaan aku macam mana masa tu? Dengan nak tergelak, nak marah, kasihan, sentap semua adalah.

Aku cerita benda ini dekat mak, mak cakap kau bawa saja dia pergi naik UFO mainan dekat Tesco tu. Yang masukkan token pastu boleh gerak-gerak.

Esoknya aku ajak dia pergi Tesco nak beli barang dapur. Masa lalu dekat tempat mainan tu aku tanya la dia, yunk nak naik UFO yang mainan tu, dak?

Dia nak oiiii. Aku terus pergi beli token.

TAK boleh aku nak lupa sampai sekarang macam mana muka dia masa naik benda tu. Tersengih macam kerang busuk. Happy sungguh dia.

Masa itu orang semua dah usya pelik. Malu memang malu tapi lantaklah. Asalkan tak ada dah babak airmata malam-malam nanti. Alhamdulillah lepas tu dah tak ada dah asyik cakap nak naik UFO.

Yang aku pening pulak sekarang ini malam tadi dia cakap mimpi naik kapal terbang pulak. Subhanallah! Mengucap panjang aku. Perut dah nak meletup, macam mana lah aku nak bawak pergi naik kapal terbang?

Nampak gayanya esok kena bawa pergi Tesco lagilah.

Pening betul aku dengan dia ini. Ibu mengandung ini memang perangai macam ini ke ?

Pelik sangat dah aku nampak. Semoga diberi kekuatanlah untuk layan karenah dia. Amin.

Itu saja aku nak cerita . Terima kasih kerana sudi membaca.

Sumber: Info Ibu Hamil

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...