Suami Kelar Leher Isteri Senyum Lebar Keluar Mahkamah, Netizen Luah Rasa ‘Seram’ – “Muka Innocent Macam Ni Yang Bahaya”

Kehidupan

Suami Kelar Leher Isteri Senyum Lebar Keluar Mahkamah, Netizen Luah Rasa ‘Seram’ – “Muka Innocent Macam Ni Yang Bahaya”

Baru-baru ini, di laman TikTok tular video memaparkan seorang suami yang sebelum ini ditahan oleh pihak berkuasa atas kesalahan membunuh dengan mengelar leher isteri atas alasan mengungkit kisah lama.

Dalam video tersebut, kelihatan suspek yang bernama Muhammad Khairul Azmi Ithnin, 32, tersenyum lebar sewaktu keluar daripada Mahkamah Majistret.

Advertisement

Difahamkan, sewaktu pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Lim Kim Kiat, suspek hanya mengangguk tetapi tiada pengakuan daripada tertuduh kerana kes di bawah bidang Mahkamah Tinggi.

Hal yang menarik perhatian ramai apabila tertuduh sama sekali tidak menyorok rasa gembira ketika keluar daripada mahkamah, malah tidak menunjukkan rasa bersalah biarpun sudah membunuh isteri sendiri.

komen

komen

Sekadar info, Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib memaklumkan tertuduh juga dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Muar pada Selasa mengikut Seksyen 435 kerana melakukan khianat dengan membakar sembilan buah kenderaan di pekarangan rumah mertuanya di Kampung Pengkalan Kampung Durian Chondong, 3 Jun lalu.

bapa isteri dikelar suami
1 week ago

"Kalau Dia Meninggal Sebab Sakit, Saya Terima. Tapi Dia Pergi Dalam Keadaan Begitu, Saya Tak Boleh Terima" - Bapa Isteri Dikelar Suami

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...