Ketika isu cikgu wanita dan ‘Abang Wiring’ masih hangat diperkatakan, media sosial sekali lagi digemparkan dengan kemunculan satu video tular namun kali ini memaparkan adegan kejar-mengejar yang dipercayai berlaku di sekitar Subang Jaya.
Video tersebut dikatakan merakam detik seorang suami yang mengejar kereta dinaiki isterinya, yang sedang berdua-duaan bersama lelaki lain.
View on Threads
Kau bawa isteri aku pergi mana?
Menerusi video yang dimuat naik, kelihatan si suami berusaha mendekati kenderaan terbabit, namun pasangan dalam kereta itu langsung tidak mahu berhenti.
Akibatnya, mereka dilihat berpusing-pusing di laluan yang sama hampir lima kali, seolah-olah cuba melarikan diri dari dikesan.

gambar hiasan
Menurut si suami, dia percaya isterinya enggan memberhentikan kenderaan kerana bimbang lelaki yang bersamanya akan ‘dibantai’ jika mereka berdepan secara terus.
Difahamkan, sebelum kejadian, si isteri memaklumkan bahawa dia ingin ke pejabat. Namun si suami akhirnya mengesan wanita itu keluar bersama lelaki lain.
Dalam rakaman sama, kereta tersebut akhirnya dilihat memasuki simpang menuju ke Balai Polis Subang Jaya. Si suami segera turun dan menjelaskan situasi sebenar kepada pegawai polis yang bertugas di pintu masuk balai.
Apa yang mengejutkan adalah si suami pernah memfailkan laporan polis dan memberi peringatan kepada lelaki tersebut untuk tidak mendekati isterinya lagi.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.