Tidak dinafikan, pelakon Nora Danish mempunyai bentuk tubuh menawan serta langsing persis anak dara meskipun sudah bergelar ibu kepada dua orang anak. Kejelitaannya memang tidak boleh disangkal lagi dan mampu memukau setiap mata yang memandang.
Berkongsi foto sedang bercuti di Bali bersama suami dan anak-anaknya, foto Nora menggayakan ‘dress’ berwarna biru mengundang kritikan netizen.
Rata-rata netizen berpendapat pakaian Nora itu terlalu seksi dan mengatakan ia tidak sesuai dengan imejnya sebagai seorang ibu. Sepatutnya beri contoh yang baik di hadapan anak-anak.
Bukan kali pertama dikecam mengenai cara pemakaiannya, mungkin Nora tidak terlalu ambil pusing dengan komen netizen. Kita doakan yang baik-baik sahaja buat Nora agar satu hari nanti dia akan berubah tanpa paksaan.