Isteri kepada penyanyi Nubhan, Afifah Tawfek mengumumkan bahawa dirinya sudah pun berhenti daripada menjadi seorang doktor gigi di sebuah Klinik Pergigian Seremban.
Mengakui bahawa keputusan tersebut bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan, Afifah berkata dia terpaksa menimbangkan banyak benda demi kebaikan diri dan juga ahli keluarganya yang lain.
Katanya lagi, semenjak bergelar ibu dan isteri, banyak pihak serta perkara perlu diambil kira dalam setiap keputusan yang diambil olehnya.
Menulis panjang lebar di ruangan Instagram miliknya, Afifah turut mengucapkan terima kasih kepada suami iaitu Nubhan yang sentiasa memahami tugas dan tanggungjawab sebagai pengamal perubatan itu dulu.
Dalam entrinya yang lain, Afifah turut memuat naik foto menunjukkan suaminya itu telah membuat kejutan istimewa sempena hari terakhirnya berkhidmat di klinik pergigian tersebut.
“Husband @nubhan.ahmad kata pekerjaan suri rumah ni pekerjaan paling mulia. Bukan main meriah sambutan masuk kerja hari pertama as housewife. Dulu masuk kerja as doctor tak ada pula macam ni..”
Meskipun bergelar suri rumah, difahamkan isteri kepada penyanyi lagu Ada Untukmu itu turut mengusahakan perniagaan secarar dalam talian sebagai salah satu usaha mendapatkan pendapatan sampingan.
Sekadar info, Nubhan dan Afifah telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia dan Ahmad Aafan.