Biasanya kalau selepas berkahwin setiap pasangan pasti berkongsi semua perkara pada pasangan mereka. Daripada hal rumahtangga hingga lah hal peribadi mesti akan dikongsi sama-sama. Nama pun suami isteri. Jadi maknanya tiada rahsia antara kita. Tapi betul ke macam tu?
Baru-baru ni seorang isteri di Thailand berjaya membongkarkan rahsia yang dipegang oleh suaminya sendiri. Rupa-rupanya suaminya ada menyimpan satu kotak berisi duit dan disorokkan di atas kabinet.
Yang kelakarnya, kotak tersebut dijumpai oleh kucing mereka sendiri!
“Kucing saya melompat ke atas kabinet dan menolak sebuah kotak yang disorok oleh suami saya. Kemudian kotak ini jatuh dan di dalamnya ada banyak duit. Daripada situ lah, rahsianya terbongkar.”
Perkongsiannya di Facebook itu telah mendapat 14 ribu perkongsian dan rata-rata netizen turut terhibur melihat gambar kucing yang dikongsikan itu. Tengok lah muka tak bersalah kucing tu…
Ramai yang berasa terhibur dengan perkongsian ini tetapi bagi mereka yang ada menyorokkan ‘tabung kecemasan’ ini mesti dah mula rasa resah. Mana lah tahu kucing di rumah pun nak buat benda yang sama juga.
Sumber: WOB