Suami Jauh Berlayar, Buat Kejutan Untuk Hari Lahir Isteri

Trending

Suami Jauh Berlayar, Buat Kejutan Untuk Hari Lahir Isteri

Seperti yang kita tahu, setiap pasangan yang sudah berumah tangga pastinya mempunyai dugaan dan cabaran yang perlu ditempuhi dalam melayari bahtera perkahwinan. Bak kata orang, itu sudah menjadi asam garam kehidupan sebagai suami isteri.

Dugaan dan cabaran itulah yang akan menguatkan lagi ikatan yang termetrai antara kedua suami isteri. Selain dapat mengenali dengan lebih mendalam tentang hati budi masing-masing, perkara tersebut juga boleh membantu pasangan suami isteri untuk belajar menyelesaikan masalah bersama.

Advertisement

3 years ago

Suami Isteri 'Geli' Cuba Nak Bermanja Buat Netizen Terhibur

Antara dugaan yang perlu dilalui oleh pasangan yang sudah berumah tangga termasuklah kekangan untuk luangkan masa bersama kerana perlu duduk berasingan serta berjauhan dek kerana tuntutan kerja.

Kadangkala, bukan setakat terpisah daerah atau negeri malah lebih menguji jiwa apabila di antara mereka terpaksa berjauhan di negara yang berbeza. Ia pastinya sukar, namun mereka terpaksa menerima juga atas dasar sumber pendapatan bagi menyara pasangan dan keluarga.

Belon berisi duit ribuan ringgit sebagai hadiah buat isteri tercinta

Melalui satu perkongsian video di TikTok oleh pengguna bernama dibamizi, itulah antara hakikat sebenar apabila menjadi isteri kepada seorang pelayar. Namun, dia gembira kerana suaminya tetap tidak lupa kepada sambutan hari lahirnya malah turut memberikan kejutan.

Menerusi perkongsian video tersebut, si isteri mendedahkan yang dia telah menerima tiga surprise delivery yang berbeza pada hari berkenaan hasil pemberian suaminya.

Salah satu daripada hadiah tersebut telah menjadi tumpuan penonton perkongsian video itu kerana ia merupakan hadiah yang cukup bernilai iaitu berisi wang tunai berjumlah ribuan ringgit.

Tambah wanita tersebut, ia merupakan detik yang indah baginya walaupun mereka berdua telah berjauhan sejak April lalu. Suaminya dijangka pulang dari berlayar sekitar November depan.

“Dia selayaknya dapat.. Kita tak tahu apa yang dia lalui ketika tiada suami di sisi.”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 474.9 ribu tontonan, 39.5 ribu tanda like dan 1 ribu komen. Rata-rata penonton video tersebut memberi ucapan selamat hari lahir kepadanya dan mengagumi ketabahannya menghadapi situasi berjauhan dengan suami buat masa yang lama.

Komen netizen tentang isteri terima kejutan daripada suami

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Komen netizen tentang isteri terima kejutan daripada suami

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Lebih mencuit hati, ramai juga yang berseloroh mengatakan mereka gigih memberhentikan video itu kerana ingin mengira jumlah duit dalam hadiah tersebut. Ada-ada sahaja lah korang ni.

Apa-apa pun, sama-sama kita doakan kebahagiaan buat pasangan suami isteri ini dan semoga wanita tersebut tetap tabah menunggu kepulangan suaminya. Stay strong ya.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...