Suami Isteri Terbunuh Dipanah Petir Ketika Berjoging..

Trending

Suami Isteri Terbunuh Dipanah Petir Ketika Berjoging..

Sepasang suami isteri maut dipercayai dipanah petir di taman permainan Jalan Kenari, Puchong hari ini.

Advertisement

Pemangku Ketua Polis Serdang Supt Lee Wai Leong berkata Yee Boon Koo, 59 dan isterinya Ooi Lee Chen, 57, ditemui terbaring oleh orang awam pada kira-kira 6 petang.

“Kedua-dua mangsa dikatakan sedang berjoging di taman permainan itu. Pihak polis dimaklumkan oleh orang awam mengenai pasangan suami isteri yang dipanah petir.

“Seorang daripada mangsa mempunyai kesan darah di kepala dipercayai akibat terjatuh selepas dipanah petir,” katanya kepada Bernama.

Kedua-dua mangsa disahkan mati di tempat kejadian dan mayat mereka dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...