Suami Isteri Sakan ‘Shopping’ Guna Kad Bank Orang Lain, Bila Kantoi Salahkan Mangsa Cuai Pula – “Kami Tak Curi, Kami Jumpa Kad Tu”

Kehidupan

Suami Isteri Sakan ‘Shopping’ Guna Kad Bank Orang Lain, Bila Kantoi Salahkan Mangsa Cuai Pula – “Kami Tak Curi, Kami Jumpa Kad Tu”

Seorang wanita mendakwa kad debit miliknya yang hilang telah digunakan oleh pasangan suami isteri sehingga menyebabkan kerugian kira-kira RM400.

Perkongsiannya tular di Facebook dan menurut wanita itu dia menyedari kehilangan kad tersebut apabila mendapat tahu tentang transaksi tidak sah selama dua hari berturut-turut ketika menyemak baki akaun.

Advertisement

Katanya, kali terakhir dia menggunakan kad itu adalah pada 3 Februari lepas di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Johor sebelum pulang ke rumah menaiki perkhidmatan e-hailing.

suami isteri guna kad debit curi

Bagaimanapun, transaksi tidak sah terbabit dilakukan pada 4 dan 5 Februari di beberapa lokasi di sekitar Skudai.

Wanita itu turut berkongsi rakaman CCTV yang diperolehnya di mana pasangan suami isteri tersebut dilihat menggunakan kad debit miliknya di beberapa premis termasuklah kedai serbaneka dan pasar raya.

Tak sangka nampak muka orang yang gembira menggunakan duit dari hasil titik peluh orang lain.

Dia difahamkan telah menghubungi pihak bank dan membuat laporan polis dengan segera sebaik menyedari kad debit berkenaan hilang.

kes kecurian kad debit

suami isteri guna kad debit curi

 

Suami isteri tak mengaku

Selepas isu ini tular, pelaku telah menghubungi wanita berkenaan dan berjanji untuk membayar semula wang yang telah mereka ambil.

Dakwa pelaku, kad itu telah ditemui di dalam sebuah kenderaan e-hailing dan menafikan bahawa mereka mencuri kad tersebut.

Masa jumpa (kad) tu memang niat nak bagi balik tapi saya tak tahu siapa punya. Dan saya cubalah guna kad untuk beli barang boleh pakai ke tidak, dan saya tidak tahu pun kalau kad tu boleh pakai.

Pelaku turut meminta wanita berkenaan untuk memadam hantaran tersebut kerana enggan kes tersebut diperbesarkan.

pelaku guna kad debit dicuri mesej mangsa

Wanita itu juga mendakwa tidak mendapat semula wang miliknya seperti yang dijanjikan dan telah pun merujuk kes ini kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial.

Menerusi ruangan komen di Facebook, pelaku mendakwa telah pun mengembalikan wang tersebut malah turut berkata perkara ini berlaku disebabkan kecuaian wanita itu sendiri.

kes kecurian kad debit

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

wanita dikehendaki mencuri duit ketika majlis kenduri
1 week ago

“Macam Mana Dia Tahu Ada Duit Atas Tu?” - Makcik Menyamar Jadi Tetamu Tumpang Tandas, Rupanya Nak Mencuri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...