Suami Isteri Nekad Kejar 3 Lelaki Selepas Hampir Jadi Mangsa Bunuh, 6 Das Tembakan Dilepaskan Di Rumah

Kehidupan

Suami Isteri Nekad Kejar 3 Lelaki Selepas Hampir Jadi Mangsa Bunuh, 6 Das Tembakan Dilepaskan Di Rumah

Sepasang suami isteri nekad untuk mengejar sebuah kereta dinaiki 3 suspek yang melepaskan enam tembakan di depan rumah mereka di Simpang Renggam, Johor pada 10 Februari lalu.

Menurut mangsa, Dian, ketika itu dia bersama suami dan ibu berusia 60 tahun serta anak asuhan berusia 3 tahun dan anak lelakinya sedang berehat di rumah.

Advertisement

 

Bernasib baik, pelulu tersasar

Ketiga-tiga suspek kemudian muncul dan salah seorang daripada mereka bertanya siapa pemilik kereta dan rumah. Namun belum sempat dia menjawab, lelaki tersebut mengacukan pistol dan melepaskan empat das tembakan.

Saya dan suami baru sampai ke rumah selepas menguruskan hal yuran sekolah agama anak lelaki kami berusia 10 tahun.

Salah seorang lelaki bertanya siapa pemilik rumah dan kereta. Belum sempat saya menjawab, dia mengacukan pistol dan melepaskan empat das tembakan.

Kata wanita berusia 36 tahun itu,ketiga-tiga lelaki tersebut berdiri di tepi tembok dan dianggarkan berada kurang 10 meter darinya dan tembakan tersebut nyaris terkena bahagian pinggangnya namun tersasar pada bingkai pintu, dinding rumah dan dua lagi das tembakan tembus di meja makan depan rumahnya.

peluru tersasar

peluru tersasar

Saya sempat mengambil penyapu manakala suami ambil parang di dapur untuk pertahankan diri. Saya juga jerit minta tolong daripada jiran.

Jiran yang terdengar jeritan dan bunyi tembakan mula datang dan semua suspek kemudian lari ke arah kereta sambil melepaskan dua lagi das tembakan.

Kata Dian, dia dan suami nekad untuk kejar kereta itu sejauh dua kilometer untuk mendapatkan nombor pendaftaran Perodua Bezza dinaiki mereka.

Setakat ini diberitahu hanya seorang saja sudah ditahan. Saya amat risau keselamatan keluarga terutama ibu dan anak saya. Sampaikan ada orang datang beri salam saya terus capai apa saja barang untuk pertahankan diri kerana takut saki baki geng mereka datang rumah.

Tambahnya, pihak polis juga ada memantau kawasan rumahnya selain turut dibantu oleh orang kampung selepas kejadian tersebut berlaku.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

3 days ago

Insiden Tembakan Pusat Beli Belah Setia Alam: Seorang Cedera Ditembak, Polis Sedang Buru Suspek

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...