Suami Isteri ‘Geli’ Cuba Nak Bermanja Buat Netizen Terhibur

Trending

Suami Isteri ‘Geli’ Cuba Nak Bermanja Buat Netizen Terhibur

Sebaik-baik perancang pastinya Allah SWT. Kadang kita rasa sesuatu keputusan itu adalah yang terbaik buat kita tetapi belum tentu ianya adalah keputusan yang betul. Sama juga dengan jodoh, siapa sahaja boleh menjadi suami atau isteri kita.

Jodoh pun merupakan satu rahsia Allah SWT yang sangat indah dan kadangkala kita sendiri tidak terfikir bagaimana seseorang itu boleh menjadi pasangan hidup kita.

Advertisement

4 years ago

Demi Mahar Kepada Bakal Jodoh, Pemuda Ini Gigih Tulis Al-Quran Dengan Tangan  

Kata orang, jodoh kita itu mungkin orang yang sangat rapat dengan kita dan boleh jadi jiran atau kawan baik kita sendiri. Anda rasa betul ke apa yang orang cakap itu?

Pasangan suami isteri tergelak sesama sendiri kerana ‘geli’ si isteri cuba panggil suami dengan nada manja

Tular baru-baru ini di laman sosial TikTok, sebuah perkongsian video yang memaparkan gelagat seorang isteri cuba nak bermanja dengan suaminya yang juga merupakan kawan baiknya sendiri.

Mereka berdua adalah pasangan pengantin baru yang dulunya berkawan baik dan menerusi perkongsian video berkenaan, kelihatan mereka berdua berada bersama-sama di dalam sebuah kereta.

Apa yang meraih perhatian netizen adalah apabila si isteri cuba untuk bermanja dengan suaminya dengan memanggil “suami aku” terhadap lelaki berkenaan sambil memegang tangannya.

Gelagat isteri yang 'geli' ketika cuba bermanja dengan suami kerana berkawan baik

Tangkap layar perkongsian video tersebut – via TikTok

Lebih mencuit hati, mereka berdua tidak dapat menahan diri daripada ketawa kerana berasa geli dengan gurauan manja tersebut memandangkan mereka berdua merupakan kawan baik sebelum ini.

Perkongsian video tersebut meraih sebanyak 16.9 juta tontonan, 1.5 juta tanda like dan 12.7 ribu komen

Rata-rata netizen berasa terhibur melihat gelagat lucu pasangan suami isteri tersebut. Ada juga yang berkongsi mengatakan mereka mula risau dan tidak dapat bayangkan jika satu hari nanti mereka juga berkahwin dengan kawan baik sendiri.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan kahwin dengan kawan baik sendiri merupakan perkara yang seronok kerana sudah mengetahui perangai masing-masing dan ramai juga yang geli hati dengan video tersebut kerana melalui situasi yang sama.

Komen netizen di tiktok kawan baik yang menjadi suami isteri

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Betul juga kan? Mesti kita dah tahu dah perangai pasangan kita kalau berkahwin dengan kawan baik sendiri. Siapa lagi yang mempunyai pengalaman yang sama dengan pasangan suami isteri ini?

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...