Suami Isteri Dicekup Bersama RM1.2 Juta Dadah, Edar Sebagai Botol Minuman Kesihatan – “Mereka Aktif Sejak 2024”

Kehidupan

Suami Isteri Dicekup Bersama RM1.2 Juta Dadah, Edar Sebagai Botol Minuman Kesihatan – “Mereka Aktif Sejak 2024”

Polis Perak berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah selepas pasangan suami isteri yang menjadi dalangnya dicekup dalam satu serbuan, Khamis lalu di sebuah stesen minyak di kawasan Taman Canning, Ipoh kira-kira jam 2.30 petang.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin, pasangan itu ditahan bersama RM1.2 juta dalam bentuk cecair methamphetamine.

Advertisement

Sindiket didalangi suami isteri itu menggunakan modus operandi dengan mengisi dadah di dalam bungkusan produk minuman dan kesihatan wanita untuk mengaburi pihak berkuasa.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin

Ketika serbuan itu, pasangan berusia 30 dan 29 tahun terbabit sedang cuba mengepos bungkusan dipercayai mengandungi methamphetamine, dipercayai untuk pasaran luar negara.

Lelaki itu diperiksa di kaunter pengeposan di stesen minyak. Kami temui enam botol mengandungi dadah tersebut yang dilabel sebagai ‘Kembali Dara’, ‘Ladies Collagen’ dan ‘Platinum Drink’.

Soal siasat membawa kepada serbuan di rumah suspek di Chemor di mana 34 liter cecair dadah itu di dalam enam botol ditemukan sebelum dirampas pihak polis.

polis rampas RM1.2 juta dadah didalangi suami isteri

Nilai rampasan dadah dianggarkan berjumlah RM1.19 juta, dan polis turut menyita sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dianggarkan bernilai RM40,000.

Jumlah dadah yang dirampas itu boleh dibekalkan kepada 373,331 orang. Pasangan ini aktif mengedar dadah sejak Jun 2024 dan dipercayai pernah membuat banyak penghantaran ke luar negara.

Tambahnya, pasangan itu menutup kegiatan sebenar mereka dengan bekerja sebagai jurujual penapis air dan polis sedang menyiasat sumber bekalan dadah serta jumlah transaksi pengeposan ke luar negara yang telah dilakukan oleh sindiket ini.

Ujian saringan air kencing mendapati suspek wanita positif dadah jenis benzodiazepine, manakala suaminya memiliki rekod kesalahan lampau berkaitan dadah.

Kedua-dua suspek kini masing-masing direman tujuh dan lima hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

2 months ago

Empat Warga Asing Hidup Mewah, Miliki Maserati Granturismo Hasil Jual Dadah Di Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : The Star

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...