Written by serenity | May 23rd, 2019

Usia perkahwinan masih baru tetapi rezeki Allah itu memang ada buat mereka yang berusaha. Begitulah dengan Fasha Sandha yang baru berkahwin dengan pelakon Aidil Aziz.

Fasha menulis di Instagram memberitahu yang dia kini hamil dan walaupun masih awal untuk berkongsi kehamilannya, dia reda apa bakal berlaku dan berdoa kandungannya selamat sehingga kelahirannya.:

Syukur Alhamdulillah.

Kali kedua nampak suami mengalirkan air mata semalam (kali pertama di hari pernikahan kami).

Rasanya terlalu awal untuk berkongsi kerana kehamilan ini terlalu awal, tak mengapa, Redha.  Semoga kandungan ini selamat sehingga melahirkan.

Rupanya, ada yang menghantar mesej kepada Fasha Sanda untuk mendapatkan tips mudah hamil. Fasha  menambah:

Ramai bertanya, apakah tips mudah hamil~ Ramai juga DM untuk mengadu dan bertanya tips untuk bahagia di peluang kedua, ada mengadu kahwin dah lama tapi belum hamil, ada juga DM minta kekuatan selepas perceraian.

Saya ingin kongsi pada semua,  jawapannya adalah ‘Doa’, Percayalah pada keajaiban Doa. It’s Miracle.

Selepas pada bulan pertama berkahwin, suami bertanya saya, adakah saya hamil, jawapan saya ~ belum lagi sayang. Dia kata dia nak cepat dapat baby sebab kawan-kawan di umur dia kebanyakan dah 2-3 orang anak. “Oh.. dia nak minta baby cepat.”

Bila masuk bulan kedua, saya terus menukar pattern doa saya, saya tambah kan ayat lain dalam doa, dan saya berusaha, syukur Allah makbulkan dalam masa yang singkat.

Dia menambah, mereka yang telah lama berkahwin dan masih menunggu kedatangan bayi untuk tukar dan menambah ayat dalam doa:

Kepada yang telah lama berkahwin dan masih menunggu saat ini, cuba ikut cara ni, tukar dan tambah ayat dalam doa, Allah Maha mendengar. Kalau nak merayu, merayulah pada-Nya. Syukur Alhamdulillah , Allah maha mengetahui.

Kepada yang bertanya, macam mana nak dapat kekuatan dan bagi peluang pada orang baru, hmmm macam ni lah..Saya sendiri pun tak pernah terpikir saya akan kahwin kali kedua sebab terlalu selesa menjadi ibu tunggal. Tiba-tiba je Allah buat kita terkenal tanpa dirancang, dan sama-sama tersuka, dan dan selamat menjadi suami isteri.

Lagi satu, selalu kena ingat ‘ semua dalam dunia ni adalah ‘Pinjaman’, Allah yang bagi, dan Allah berhak ambil balik bila2 masa je, cuma kita teruskan berdoa agar Pinjaman Allah ni berkekalan sehingga ke Akhir hayat, Insyaallah.Gambar ni diambil semalam di studio adikku @pinography . Terima kasih adik! @arymuzamer juga.Tahu tak , semalam satu studio menangis I terkejut tengok, cuma tak sempat nak rakam je. Rugi tak letak camera di semua tempat .. kenangan manis. Tahniah encik suami kerana berjaya menjadi ayah kepada 3 anak. (2 anak instant dan 1 anak kita) Insyaallah kalau ada rezeki dan dipermudahkan ,due date pada jatuh pada 2 Feb 2020. Syukur.

Apapun, pasti ramai yang tidak sabar menantikan kelahiran bayi Fasha memandangkan si isteri cantik jelita manakala suaminya pula kacak orangnya.

Bersama kita doakan kelahiran anak ketiga Fasha yang sudah tiga minggu dalam kandungan  ini selamat dan semoga mewarisi kecantikan dan kekacakan ibu bapanya. Amin. – beautifulnara.com

24 responses to Suami Ingin Cepat Dapat Bayi, Doa Fasha Sandha Dimakbulkan Tuhan

  1. faraj says:

    takut bayi keliru…..mesti bayi tu ckp camni…” Aikkk naper mak aku lawa , Bapak aku buruk..” kikiki

  2. Anonymous says:

    TAHNIAH Fasha & Aidil. Jaga diri & this time enjoy ur pregnancy k..

  3. Anonymous says:

    Si faraj..bulan baik ni atau bulan biasa pun keje ko ngutuk ciptaan tuhan. bawa2 bertaubat ;)

  4. Anonymous says:

    waah fasha dah pregnant… tunggu fazura pulak

  5. wina says:

    adakah ank aidil akan tggl di rumah yg disediakan oleh jejai?

    • Anonymous says:

      aku pun terfikir yg sama… umah fasha duduk tuh jejai yg beli.. sbb anak lah fasha dpt duk situ free kaw perumahan elit… bagus jejai nih cerai isteri pun anak2 tak terabai..

      • wekkkkkkk says:

        knpa nk pertikaiakn..dh itu rezeki Aidil..dpt fasha, dptlah tumpg sng, ingat Allah itu membahagi-bahagikan rezeki/harta yg kita dpt.
        Mcm duit gaji kita juga..bukan anda makan 100%…mcm ko dpt gaji..byr ke lhdn juga, epf juga, socso juga..blm loan2..walaupun ada manfaat nya utk kita skrg/dan akan dtg…entah2 kita pun dpt merasa atau tak.

    • Anonymous says:

      bukan ke itu rumah fasha beli sendiri? dia sendiri ckp dkt ig dia ritu, sepanjang kahwin dia tak penah nak suruh jejai beli itu ini. smua pakai duit dia sendiri. rumah dia tu pon dia ckp beli guna duit sendiri. jgn ingt laki kaya ni pemurah sgt.dia bkn artis sendu yg xde job. so aku caye je dia mmg beli rumah dklt kawasan elit tu guna duit sendiri.

      • ntahlah says:

        rumah tu rumah jejai la..ko tak ingat ke dia hangin dulu sebab jejai tak nak sign perjanjian serah rumah tu kat dia.. tu yang dia sumpah seranah semua orang dulu tu.. dia nak hak rumah tu ke anak dia 50% dan dia 50% sebagai pemegang amanah.

        dia cakap tak pakai duit laki sebab sindir si nora sebab jejai ada kasi nora rumah jugak.

    • hakak says:

      hadoiii.. dah aidil dok kat situ jugak, abis kau rasa anak dia nak duduk mana??

  6. aku says:

    aikk…lamanya ngandung…due thun 2020?? bukan 2021 ke??…

  7. zai says:

    Gossip blog ni…samakin hambar …gossip lewat … Gossip bodoh … Lame

  8. zai says:

    Preggy anak no 3 pun dok hairan lagi

  9. Anonymous says:

    Memang FS ni mudah mengandung. Allah beri rezeki zuriat. Tahniah.

    • Anonymous says:

      dah hari hari buat mestilah hamil……….
      lagi pun aidil takut tak ada anak sebab fasha dah tua….. mana tau bertahan 5 tahun sahaja susah nak tunggu lagi

  10. Joyah Pok Pek says:

    Makin lama makin nmpk sama lak muka laki bini

  11. naza says:

    Tolong jaga perasaan org yg belom ada rezeki dpt anak… tak pon yg masih belom ada jodoh

  12. Nani says:

    Kecantikan @ kehenseman tidak diwarisi yea….

  13. Anonymous says:

    ayat y psl doa tu mcm ayat copy paste je….hahahaha…aku dh baca dl ayat psl doa tu kat majalah mingguan wanita…tp yang bercakap tu bukan fasha…btl laa tu doa senjata org mukmin…tp fasha nk tnye adkh org y belum dikurniakan rezeki anak tidak pernah berdoa??????sume org berdoa cuma cpt n lambat je doa tu dimakbulkan…x pyh nk bangga sgt laa ko lekat awal…dh klu pg,ptg siang mlm asik beromen je mne x lekat…hahahaha…y si suami pn blh tahan x sabar nye….ko igt sekali buat je terus lekat???ape ko nk tunjuk??nk tunjuk y ko ni power???org y kne rogol sekali je tu pun terus mengandung…xdo lak perogol tu bangga..sekali rogol je dh terus lekat….hahahahaha…

    • takdenama says:

      Memanglah dia excited, anak pertama kot (bagi laki dia). nak2 dia belum pernah berkahwin. semua orang excited lah kalau bini mengandung. tu pun nak pertikai.

      alhamdulilah doa dia dimakbulkan cepat. memang orang lain berdoa juga, adalah sebab kenapa belum dimakbulkan tu. im also trying juga, :) tak pun rasa sakit hatib bila tahu orang lain dah hamil dulu, tumpang gembira adalah.