June 29th, 2016

Abang Nara bab-bab vaksin ini memang tak ada kompromi. Bagi Abang Nara, mereka yang anti vaksin ini wajar dikenakan hukuman seperti penjara, sebat dan juga denda. Lagi satu yang anti vaksin ini selalunya berlagak lagi Islamik daripada mereka yang ambil vaksin. Kononnya anti vaksin ini lebih tawakal, lebih amalkan cara hidup Nabi, lebih pasrah, lebih redha, lebih kuat iman di dada.
ina naimDan yang Abang Nara tak boleh tahan, golongan anti vaksin ini dengan selambanya mempertahankan pilihan mereka dengan ayat-ayat yang penuh Islamik. Kononnya kebergantungan dia kepada Allah paling tinggi. Tahap tawakal dia paling hebat. Contohnya suami Ina Naim, Suhaimi Saad ini. Pergh ayat dia memang dasyat. Ayat sebeginilah yang selalu digunakan oleh anti vaksin satu Malaysia.

anti vaksin ina naim

Baca lagi ayat penuh ketawakalan dia. Memang tinggi iman Suhaimi Saad nie.

vaksin

Sebenarnya vaksin ini sama jugalah macam korang bagi kurma ke, susu ibu ke, habbatus sauda ke. Ia adalah satu usaha untuk mencegah penyakit. Kalau betul tahap tawakal tinggi, tak payah bagi anak makan apa-apa. Allah pasti akan tolong punya kasi kenyang anak anda. Tak gitu?

vaksin

Status Suhaimi Saad ini rasanya telah pun dipadamkan. Namun orang sebegini harus kita tentang kerana merosakkan masyarakat. Kalau anda anti vaksin, senyap-senyap dan tak perlu sebarkan fahaman anda. Malah Abang Nara cadangkan agar anak-anak anda juga dihalang daripada bergaul dengan anak-anak kami yang vaksin ini. Tak pasal-pasal penyakit berjangkit kena kat anak kami. Kalau boleh tolong pindah dari Malaysia dan pergi ke negara yang menerima anda sebagai seorang anti vaksin. Terima kasih.

ramadhan P.S: Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum promosi Ramadhan daripada Ryaniez Moments Photography akan tamat. Memang tak boleh dapat harga RM1111 untuk bidikan jurugambar profesional di hari perkahwinan anda. Promosi ini hanya ada setahun sekali, jadi cepatlah rebut peluang ini. Terus hubungi 016-556-4408 atau LIKE Facebook Ryaniez Moments Photography untuk maklumat lanjut.


Comments are closed.

Loading...