Suami Hilang Sejak 2016, Muncul Kembali Ditemani Isteri Kedua Untuk Urusan Cerai – “Dari 2014 Dimaki Hamun Orang Ke-3”

Kehidupan

Suami Hilang Sejak 2016, Muncul Kembali Ditemani Isteri Kedua Untuk Urusan Cerai – “Dari 2014 Dimaki Hamun Orang Ke-3”

Perkongsian seorang wanita di TikTok menyentuh hati ramai selepas dia berkongsi tentang dugaan dilaluinya ibunya digantung tak bertali oleh suami bertahun-tahun namun kemudian muncul hanya untuk bercerai.

Menerusi video di TikTok, @eyqaatiqahaznan berkata bapanya mula menghilang sejak tahun 2016 dan meninggalkan ibunya tergantung tanpa tali.

Advertisement

Namun lelaki tersebut kemudian tiba-tiba muncul semula pada tahun 2022 tetapi kemudian menghilang sekali lagi pada 2023. Pada tahun 2025, bapanya pulang buat kali kedua namun kembali hanya untuk satu tujuan iatu menamatkan perkahwinannya dengan ibu Eyqa yang dibina sejak 1985.

bapa hilang sejak 2016, datang semula untuk ceraikan ibu

Eyqa dan adik beradiknya yang lain sama-sama hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Besut. Terengganu untuk menemani ibu mereka untuk urusan perceraian.

Bukan itu sahaja, Eyqa juga mendedahkan seorang wanita yang hadir bersama bapanya dipercayai isteri kedua berlebih-lebihan seperti suaminya pula yang dirampas.

Orang ketiga overreact macam Ma aku pula ambil laku dia. Sejak 2014 macam-macam dia maki hamun Ma aku sampai Ma jumpa psikiatri.

bapa hilang sejak 2016, datang semula untuk ceraikan ibu

@eyqaatiqahaznan Kalau tengok orang tua yg di ignore/dibuang anak2! Tanya dulu Apa puncanya. Tak pernah merasai. Never judge. Lelaki bila tak tahu agama. Hancus la sebuah masjid dibina. Hancus la rumah tempat berteduh. Tak marah tapi terasa, Tak benci tapi kecewa Seperti dibunuh tapi tak mati Seperti luka tapi tak berdarah Tak pernah memahaminya Hingga akan sendiri merasai #quotes #quoteskacau #quotesgalau #katakata #nature #greenlife #brokenhome #divorce #talak #cerai #brokenfamily #family #mahkamah #mahkamahsyariah #mahkamahbesut ♬ bunyi asal – Mr’Pilot

Ramai netizen meluahkan rasa simpati dan sebak dengan apa yang telah berlaku terhadap ibu Eyqa. Ada yang berkongsi kisah rumah tangga ibu bapa mereka yang musnah akibat kehadiran orang ketiga.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

wanita dapat tahu suami berzina dengan isteri orang
3 weeks ago

"Saya Baru Dapat Tahu Suami Saya Berz*na Dengan Bini Orang" - Wanita Mahu Bongkar Kecurangan Suami Pada Mentua

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...