Suami Hidap Angin Ahmar Buat Laporan, Ikut Jabatan Agama Tangkap Khalwat Isteri Sendiri Dengan Rakan Sekerja

Kehidupan

Suami Hidap Angin Ahmar Buat Laporan, Ikut Jabatan Agama Tangkap Khalwat Isteri Sendiri Dengan Rakan Sekerja

Baru-baru ini, dua anggota polis berpangkat Sarjan Mejar dan Koperal telah ditangkap khalwat pada jam 1.30 pagi di sebuah hotel di Tanjung Tokong, Pulau Pinang.

Serbuan telah dibuat selepas suami kepada wanita berkenaan yang membuat aduan sendiri kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) selepas mengesyaki isterinya dan lelaki itu bersekedudukan.

Advertisement

 

Dikenakan tindakan tatatertib dan ditukar ke jabatan lain

Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad, kedua-dua yang ditahan berusia 37 tahun dan bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya.

khalwat

Difahamkan, Polis Pulau Pinang telah mengarahkan mereka berdua ditukarkan jabatan serta merta selain turut dikenakan tindakan tatatertib.

Semakan mendapati lelaki dan wanita itu bersekedudukan tanpa mempunyai sebarang ikatan pernikahan yang sah.

 

Netizen persoal

Menerusi media sosial, berita laporan tentang dua anggota tersebut mengundang kritikan ramai warganet yang mempersoal tentang tindakan yang dianggap kurang tegas.

Ramai yang berasa tindakan sebegitu tidak akan menginsafkan kedua-dua mereka dan rata-ratanya berpendapat seharusnya anggota bermasalah sebegitu perlu terus dibuang kerja.

komen

Terdahulu, suami wanita itu yang menghidap angin ahmar turut berada di lokasi ketika serbuan dilakukan dan kedua-dua anggota terbabit ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 iaitu berkhalwat.

9 months ago

Aliff Aziz Ditangkap Khalwat Bersama Pelakon Wanita Popular, JAWI Terpaksa Minta Tolong Bomba - “Tiga Jam Ketuk Pintu Rumah“

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...