Suami Heliza Helmi Mohon Diikat Jamin, Bimbang Janggut Dipotong Dalam Tahanan – “Akan Beri Kesan Kepada Dia”

Berita

Suami Heliza Helmi Mohon Diikat Jamin, Bimbang Janggut Dipotong Dalam Tahanan – “Akan Beri Kesan Kepada Dia”

Pengasas dan Presiden AUF MBZ, Mahadi Badrul Zaman didakwa di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan menjalankan urus niaga sekuriti tanpa lesen sah.

Mahadi, 43, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azrul Darus dan Norma Ismail.

Advertisement

Mengikut kedua-dua pertuduhan, suami kepada Heliza Helmi itu didakwa sebagai wakil syarikat AUF MBZ Consortium PLT menjalankan perniagaan dalam sekuriti sedangkan syarikat berkenaan bukan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal dan tidak berdaftar sebagai perniagaan sekuriti.

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di sebuah rumah di Bayrocks Garden Waterfront Villa, Sunway South Quay, Subang Jaya antara 14 Jun 2021 hingga 15 Februari 2024.

Sementara itu, peguam Datuk Mohd Zamri Mohd Idrus yang mewakili tertuduh memohon agar anak guamnya dibenarkan jaminan kerana bimbang janggut panjang Mahadi akan dipotong sekiranya ditahan.

“Ini akan memberi kesan kepadanya,” katanya ketika memohon pengurangan jumlah jaminan.

Mohd Zamri turut memaklumkan Mahadi memberi kerjasama sepanjang siasatan, membantu mengendalikan jemaah umrah serta bukan individu yang berisiko melarikan diri. Selain itu, beliau menanggung ibunya yang menghidap kanser serta keluarga mentua.

Suami Heliza Helmi Ditahan, Didakwa Berniaga Sekuriti Tanpa Lesen Sah

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Sekuriti (SC), Danial Imran Nasaruddin memohon mahkamah mempertimbangkan kepentingan awam dan keyakinan pelabur sebelum membenarkan jaminan. Pendakwaan mencadangkan jaminan RM250,000 dengan dua penjamin, pasport diserahkan kepada mahkamah serta tertuduh perlu melapor diri di pejabat SC setiap bulan.

Mahkamah kemudiannya membenarkan Mahadi diikat jamin sebanyak RM50,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin serta memerintahkan syarat tambahan seperti dipohon pihak pendakwaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

suami heliza helmi
2026-02-23 14:21:22

Suami Heliza Helmi Ditahan, Didakwa Berniaga Sekuriti Tanpa Lesen Sah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...