Suami Heliza Helmi Ditahan, Didakwa Berniaga Sekuriti Tanpa Lesen Sah

Berita

Suami Heliza Helmi Ditahan, Didakwa Berniaga Sekuriti Tanpa Lesen Sah

Pengasas dan Presiden AUF MBZ, Mahadi Badrul Zaman atau lebih dikenali sebagai Mahadi BZ mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Isnin atas dua pertuduhan menjalankan perniagaan sekuriti tanpa lesen sah.

Mahadi, 43, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azrul Darus dan Norma Ismail.

Advertisement

Mengikut pertuduhan, suami kepada Heliza Helmi itu sebagai wakil syarikat AUF MBZ Consortium PLT didakwa menjalankan perniagaan dalam sekuriti sedangkan syarikat berkenaan bukan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal dan tidak berdaftar sebagai perniagaan sekuriti.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah villa di Sunway South Quay, Subang Jaya antara 14 Jun 2021 hingga 15 Februari 2024.

Pertuduhan dikemukakan mengikut subseksyen 58(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dibaca bersama subseksyen 367(1) akta sama dan boleh dihukum di bawah subseksyen 58(4) akta tersebut.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh berdepan denda tidak melebihi RM10 juta atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya sekali. – SINAR HARIAN

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

lelaki dera anak tiri
2026-02-20 10:20:35

Video Tular, Lelaki Dera Anak Tiri Sudah Ditahan Polis - KP Kuala Lumpur

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...