Suami Gembira Hubungan Isteri Pertama & Kedua Akrab Seperti Adik Beradik, Rupanya Dalam Diam Jalin Hubungan Sejenis

Kehidupan

Suami Gembira Hubungan Isteri Pertama & Kedua Akrab Seperti Adik Beradik, Rupanya Dalam Diam Jalin Hubungan Sejenis

Seorang suami tidak menyangka keakraban kedua-dua isterinya rupa-rupanya mempunyai sebab yang lain di sebaliknya.

Kata lelaki itu, dia membuat keputusan untuk berpoligami sebelum ini kerana enggan berlaku curang dan menipu isteri pertamanya.

Advertisement

Pada mulanya, memang sukar untuk isteri pertama menerima takdir bahawa dirinya dimadukan dan wanita itu juga mengambil masa untuk menerima kehadiran isteri kedua.

Lama kelamaan hubungan kedua-dua isterinya semakin baik dan apabila dia perlu bekerja luar negeri, mereka akan menghabiskan masa bersama.

lelaki dan dua isteri

Malah, lelaki itu juga pernah menghantar kedua-dua isteri untuk pergi bercuti bersama-sama selepas melihat mereka akrab, seperti kakak dan adik.

Namun, suatu hari ketika baru tiba di rumah dia ternampak dua isterinya sedang melakukan perbuatan jelik dan memalukan di dapur.

Ketika itulah hubungan kedua-dua isterinya terbongkar dan si suami turut menjumpai mesej serta video tidak senonoh di dalam telefon bimbit mereka.

Apabila perbuatan itu kantoi, kedua-dua isteri mengaku melakukan perbuatan jijik ketika bercuti dan memberi alasan tidak puas dengan layanan si suami.

lelaki murung di bilik

Kisah rumah tangga tersebut diceritakan oleh seorang wanita di Instagram namun bukan berlaku di Malaysia tetapi mungkin boleh menjadi iktibar untuk orang luar yang nak berpoligami atau bermadu.

lelaki curang tapi isteri tak marah
3 weeks ago

Tak Marah Suami Mengaku Curang Sampai Skandal Hamil, Rupanya Isteri Simpan 'Rahsia' Yang Lebih Besar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...