Suami Elisya Sandha Saman Wak Doyok Lebih RM800K, Langgar Perjanjian Sewa Kenderaan

Hiburan

Suami Elisya Sandha Saman Wak Doyok Lebih RM800K, Langgar Perjanjian Sewa Kenderaan

Anak sulung Sheila Rusly, Uzair Haqimy Azman, yang juga suami kepada pelakon Elisya Sandha, melalui syarikat miliknya, LXM Resources, telah memfailkan tuntutan saman terhadap WD Food Group Sdn Bhd, syarikat milik pelakon dan pempengaruh Wak Doyok, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Menurut laporan Harian Metro, saman tersebut difailkan berikutan pelanggaran perjanjian berkaitan pembayaran sewa kenderaan, dengan jumlah keseluruhan tuntutan mencecah RM808,260.

Advertisement

Keputusan untuk memfailkan saman dibuat selepas syarikat itu didakwa gagal dan cuai dalam mematuhi dua perjanjian perkhidmatan sewa kenderaan dalam tempoh 24 bulan, bermula 22 Disember 2023 dan 21 Jun tahun lalu.

Kami sudah berusaha untuk menyelesaikan perkara ini secara baik dengan memberi peluang kepada defendan membuat pembayaran sebelum tindakan guaman difailkan, namun mereka gagal mematuhi tuntutan itu.

Jadi, kami terpaksa membawa perkara ini ke peringkat mahkamah selepas tiada tindak balas daripada mereka selepas diberikan notis pada Disember tahun lalu.

Peguam Uzair, Ismail Mohamed Arifin dari Tetuan Gulam Ismail, menjelaskan bahawa tuntutan RM808,260 tersebut merangkumi penalti kelewatan pembayaran, ganti rugi am, faedah lima peratus setahun, serta kos tindakan guaman.

Saya harapkan keadilan untuk syarikat, sebab sudah tentu kami terkesan dengan apa yang berlaku. Nak kata sudah kembali stabil pun tidak juga tapi kami cuba uruskan perniagaan secara baik.

Sebelum ini kami ada berjumpa dengan pihak WD Food Group Sdn Bhd beberapa kali untuk mendapatkan penyelesaian. Namun, sampai ke hari ini tiada hasil.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

nur nilam ortiz azlan komen nak kahwin baru
2 hours ago

"Suami Orang Bercinta Macam Ni Eh.." - Nilam Beri Bayangan Azlan Komeng Bakal Bernikah Satu Lagi, Rakam Tengah 'OTP' Dengan Bakal Madu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...