Suami Disakat Dengan Wanita Lain, Wanita Nekad Berubah

Trending

Suami Disakat Dengan Wanita Lain, Wanita Nekad Berubah

Kisah benar kakak ipar aku dengan abang. Aku saksikan sendiri betapa sukar kakak ipar aku ni nak kurus sebab bermacam tohmahan dari orang sekeliling. Aku ingat lagi ada satu masa tu abang aku jadi pengapit pakcik aku, dan pengapit perempuannya orang lain yang merupakan pelajar makcik aku. Lepas itu…

Advertisement


Adalah sekumpulan gadis-gadis ni kira kawan gadis yang jadi pengapit makcik aku ni lah. Kau bayangkan gadis-gadis ni semua boleh pula macam nak sakat-sakat pengapit makcik aku ni konon suka dekat abang aku. Like HELLOOOO, bini dia ada depan tu kot iaitu (@SuhailiSH) kakak ipar aku ni. Kemudian..

Si pengapit makcik aku ni pun tersengih-sengih macam kerang busuk, masa tu kakak ipar aku ni tengah gemuk lah kan, sumpah dia sedih gila masa tu. Abang aku pula memang tak layan la benda bodoh yang gadis tu duk sakat-sakat ni. Tapi sebagai isteri, siapa tak panas?

Padahal gadis-gadis tu semua tahu saja abang aku dah kahwin, dan isteri dia ada situ, tapi tahu jelah kalau dah jenis gedik-gedik ni, memang tak tahu nak hormat orang. Sumpah masa tu aku sendiri pun menyirap tengok mereka, dan kakak ipar aku senyap je. Tak cakap apa.

Dalam hati, isteri mana tak sedih kan laki kau kena sakat-sakat dengan perempuan lain. Kemudian masa pengantin berarak tu, kakak ipar aku ni berdiri sajalah tepi tu, dengan aku dan masa tu. Abang aku peluh-peluh dia pun keluar kan la tisu nak bagi abang aku, GUESS WHATTTTTT…

Tisu tu si PENGAPIT MAKCIK aku tu yang ambil like what the fffffff, aku macam ehh apa hal perempuan ni?

Dia pula ambil tisu tu dekat tangan kakak ipar aku. Masa tu aku perasan dah muka kak ipar aku dah lain. Kemudian kakak ipar aku ni pun keluarkan jela tisu lagi satu untuk abang aku.

Aku pun dah panas gak masa tu tengok benda tu jadi, jadi aku macam chill saja dulu, sebab tengah kenduri kan. Lagi satu masa majlis tu ada photobooth boleh print gambar bagai, si geng perempuan ni semua asyik mereka saja yang bergambar dekat situ aku perhati saja.

Masalahnya, ni majlis siapa yang kamu semua nak tergedik-gedik dekat situ? Aku yang keluarga rapat ni pun tak dapat nak bergambar sangat dekat situ. Masa tu aku ni nak la ajak kak ipar aku adik aku dan sepupu semua bergambar, tapi dah mereka saja asyik dekat situ tergelak tergedik. Eh menyirap!

Akak ipar aku ni dia dah tak ada mood awal-awal sebab kan dia rasa down pasal orang duk sakat laki dia dengan perempuan lain. Masalahnya depan dia. Kemudian masa itu orang sana sini pula asyik tegur, eh Elly kenapa makin gemuk, badan besar lah. Mana lah dia tak terasa hati, kan?

Ada juga yang cakap, eh Elly mengandung ke. Weh, siapa tak sedih? Selepas majlis tu, mereka lepak la rumah nenek kan..kemudian kakak ipar aku ni duduk bilik seorang aku pun masuk lah bilik aku tanya dia kenapa ni akak okay tak?

Kemudian kak ipar aku cakap..terasa tak kalau suami sendiri orang lain asyik kenenkan dengan perempuan lain sedangkan bini ada depan ini..aku masa tu terus cam okay akak mesti terasa fasal hal malam tadi masa buat bunga telur dan hal masa pengantin berarak tadi, kan?

Hal malam sebelum majlis masa buat bunga telur tu, lagilah entah apa-apa. Abang aku duduk dekat sofa tengok televisyen, sekumpulan gadis-gadis yang sama ni tengah tolong buat bunga telur, sambil tu sakat-sakat si pengapit makcik aku ni. Kemudian dia pun suka gak, sengih-sengih. Eii.

Akak ipar aku ni duduk sajalah tepi tangga sebab masa tu ramai berkumpul dekat situ nak tolong buat benda alah goodies tu semua kan. Abang aku pula, macam aku cakap, memang bukan jenis melayan. Dia jenis buat hal dia saja. Yang tergediknya si geng perempuan ni semua.

Sambung yang dalam bilik tadi..lepas saja aku tanya kakak ipar aku kemudian dia terus luahkan perasaan dia dekat aku sambil menangis teruk. Macam ya Allah, aku ni pun sedih gila bila teringat. Aku hanya suruh dia bersabar saja. Dan aku pun memang bengang gak masa tu.

Mula dari itulah kakak ipar aku ni nak diet nak kuruskan badan untuk abang aku, walaupun abang aku sebenarnya tak ada la kisah mana pun fasal saiz badan dia. Tapi sebab kan kes perempuan gedik tu semua, dan orang yang cakap dia gemuk bagai, buatkan kakak ipar aku ni nak diet teruk.

Sampaikan ambil pil kurus, tah apa jenama dari mana tah. Dia makan sampai pitam, tapi aku baru tahu yang sebenarnya dia pitam sebab pil kurus. Masa tu masa dia pitam aku tanya, abang aku kata dia tak sihat saja. Mungkin akak ipar aku tak nak cakap fasal pil tu. Mungkin segan or malu

Serius masa tu dia pengsan tau, memang pitam pengsan dan macam mengah. Risau gila tengok. Aku ingatkan dia pitam sebab mengandung ke apa kan aku macam suruh abang aku cepat-cepat hantar dia pergi hospital semak. Tapi abang aku kata dia tak sihat tu saja.

Dan selepas tu, kamu semua boleh baca sendiri la dekat blog luslimlabeb mereka macam mana perjalanan mengurangkan berat badan kakak ipar aku ni dan bagaimana abang aku ni tolong dia kurus kerana pada masa mereka berjauhan dan aku sibuk kerja. Jadi tiba-tiba saja lepas lima bulan jumpa dia dah kurus sihat dan ceria

Dekat sini aku nak cakap, perempuan dekat luar sana, tolong lah jangan nak tergedik dengan laki orang. Depan laki orang pun tolong lah kawal perangai merenyam kamu semua tu. Hormat sedikit bila isteri dia ada depan kamu semua. Nasib kakak ipar aku ni jenis sabar saja, kalau buat dekat aku…

Em, maaf la memang dekat situ juga kamu semua yang tergedik-gedik ni kena baling dengan kasut. Lagi satu, jangan la cuba pil kurus ni semua mengarut. Silap silap nyawa melayang. Tengok kak ipar aku pitam pun dah menakutkan. Lebih baik kamu semua cuba benda natural.

Alhamdulillah sekarang aku gembira tengok kakak ipar aku @SuhailiSH dah kurus dan kembali bahagia dengan abang  aku dan mereka ni dah kira berjaya lah sekarang. Aku juga saksikan sendiri bagaimana susah mereka ni susah payah sama-sama untuk naik ke tahap ini. Bukan senang nak senang okay? The end.

###

Sumber: FaraaMie

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...