Seorang wanita meluahkan kekecewaannya selepas mendapat tahu suami yang sudah dikahwininya selama 14 tahun dijangkiti penyakit kelamin.
Dijangkiti selepas pulang bercuti
Kata wanita itu, sebelum ini suaminya telah bercuti bersama rakan-rakan lelaki dan melancong ke sebuah negara kelas ketiga.
Tambahnya, selepas pulang daripada percutian tersebut suaminya disahkan dijangkiti penyakit kelamin dan sejak itu kepercayaannya terhadap lelaki terbabit mula goyah.
Salahkan persekitaran yang kotor
Suaminya memberikan alasan dirinya mendapat jangkitan berkenaan disebabkan persekitaran negara yang dilawatinya itu sangat kotor.
Namun, wanita terbabit sudah tidak percayakannya dan yakin suaminya itu telah berlaku curang di belakangnya yang menjadi punca kepada jangkitan tersebut.