Suami Didakwa Pukul Isteri Guna Penutup Gergaji Rantai Plastik Hingga Cedera

Trending

Suami Didakwa Pukul Isteri Guna Penutup Gergaji Rantai Plastik Hingga Cedera

Selepas pihak polis menerima laporan dari seorang isteri mengatakan dirinya dipukul, tukang kraf parang yang juga suami mangsa dikatakan tidak mengaku bersalah ketika disoal di Mahkamah Majistret Bahau.

Suspek ditahan selepas dituduh memukul isterinya mengguna penutup gergaji rantai plastik pada 5 Jun lalu.

Advertisement

Tertuduh, Mohd Farid Ibrahim, 39, berasal dari Bandar Seri Jempol di sini, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Muhammad Hidayat Wahab sebaik pertuduhan ke atasnya dibacakan.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh mencederakan isterinya berusia 37 tahun dengan memukul kepala mangsa menggunakan penutup gergaji rantai plastik pada jam 12.30 tengah hari 5 Jun lalu.

Katanya, dia dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Bandar Seri Jempol di sini, sebelum didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan hari ini.

Walaupun Tiada jaminan ditawarkan pihak pendakwaan,  mahkamah telah bersepakat membenarkan tertuduh dijamin RM2,500 dengan seorang penjamin.

Mahkamah turut mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh mendekati mangsa sehingga kes selesai serta perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan dua minggu sekali.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Semoga kes ini dapat diadili sebaiknya lah ya.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...