Pada 28 Ogos 2016, seorang wanita yang menggunakan nama Fairus Cda Mohd Nasir di Facebook telah memuat naik satu status mendakwa dimaki kerana meminta surat cuti sakit dari seorang doktor di sebuah klinik.
Fairus turut mendedahkan nama doktor tersebut iaitu Dr. Nazihah Nassim. Dia turut memuat naik salinan surat cuti sakit yang menunjukkan cop klinik tersebut iaitu Klinik Kesihatan Taman Universiti.
Bagaimanapun, Dr Nazihah yang pada mulanya tidak tahu menahu mengenai status tersebut berpendapat dia telah difitnah dan dia tidak berhasrat untuk berdiam diri. Dia telah membuat satu laporan polis mengenai status viral tersebut, yang mendapat ribuan likes dan shares.;
Dalam laporannya kepada polis, Dr. Nazihah mendakwa suami wanita itu datang mendapatkan rawatan di kliniknya, tetapi wanita itu yang masuk ke dalam bilik konsultansi untuk meminta surat cuti sakit bagi suaminya. Dr. Nazihah hanya bertanya mengapa suami itu tidak meminta sendiri surat cuti sakit, yang juga kemudiannya diberikan oleh Dr. Nazihah kepada wanita itu.
Mungkin kerana takut, Fairus telah membuat satu permohonan maaf di Facebook mendakwa apa yang berlaku hanyalah salah faham. Fairus juga telah menukar gambar profil dan nama Facebooknya kepada Suamiku Isteri.
Bagaimanapun, Dr. Nazihah berpendapat permohonan itu sambil lewa dan tidak ikhlas dan tidak memenuhi syarat yang dia tetapkan. Sehubungan itu, Dr. Nazihah meminta Fairus menghubungi peguamnya untuk tindakan lanjut.
Ada yang berpendapat tindakan Fairus ialah satu bentuk pembulian terhadap penjawat awam terutamanya staf Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang kebelakangan ini sering berlaku di media sosial.
Sebelum ini, orang ramai juga telah memviralkan gambar seorang jururawat yang dilihat sedang tidur di sebuah meja sebuah hospital, seterusnya jururawat itu dituduh makan gaji buta. Bagaimanapun, pengguna Facebook itu dikritik orang ramai, seterusnya mendakwa akaun Facebooknya digodam orang lain walaupun gambar itu diambil olehnya sendiri. Dia seterusnya menyahaktifkan akaun Facebook yang digunakan.
Khabarnya, Dr, Nazihah mengeluarkan belanja sendiri untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Fairus dan dia mendapat sokongan kakitangan staf KKM yang lain. –amazingnara.com
Sumber: The Dressar